Setiap wanita yang bakal menjadi ibu amat memerlukan makanan yang berkhasiat sepanjang kehamilan bagi memastikan janin yang dikandung dirahimnya juga sentiasa sihat. Sama seperti wanita hamil di Korea, mereka sentiasa akan memastikan makanan yang diambil berkhasiat dan tinggi protein.

Menurut satu petikan dari Young Parents, ternyata terdapat 4 jenis makanan yang menjadi makanan utama atau paling kerap dimakan oleh wanita mengandung di Korea untuk menjaga kesihatan mereka dan kandungan. Apa ya? Jom kita tengok!

Campuran Beras Dan Gandum

via presmarymathuen.org

Gandum memang kaya dengan kandungan kalsium yang tinggi, vitamin C, vitamin B, thiamin, riboflavin dan niasin yang penting bagi wanita mengandung. Tidak seperti beras putih yang mempunyai skala GI yang tinggi, beras yang dicampur dengan gandum, lebih tinggi serat dan rendah gula serta kanji.

Di samping itu juga, wanita hamil yang memakan makanan ini akan mendapat banyak tenaga tambahan tanpa perlu risau akan kandungan kalori yang diambil. Ini kerana makanan ini dikategorikan sebagai makanan yang rendah kalori.

Ubi Keledek

via Fakulti

Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang dapat mencegah dari alahan pagi atau morning sickness dan dapat membantu pembentukan sel darah merah sepanjang kehamilan. Selain itu, ubi keledek juga merupakan sumber karbohidrat yang kaya dengan serat.

Tidak hanya itu, ubi keledek juga mempunyai rasa yang manis dan sedap dan cara memasaknya juga mudah. Cukup dengan hanya rebus atau kukus, sudah tersedia untuk dimakan.

IKLAN

Rumpai Laut

via Dao Tao Bep

Rumpai laut mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, terutamanya kepada wanita yang sedang mengandung. Rumpai laut dapat mengoptimumkan pertumbuhan bayi di dalam rahim, menjaga berat badan, menyokong perkembangan otak bayi dan rumpai laut juga mengandungi antioksidan yang tinggi.

Disamping itu, kandungan yodium dan serat dalam rumpai laut dapat membantu ibu hamil menghasilkan lebih banyak susu ibu dan membantu proses pencernaan dengan baik.

Sememangnya orang Korea sangat suka makan rumpai laut!

Susu

via Buzzkini

Susu yang kaya dengan makronutrien dan terdiri daripada protein dan lemak, makronutrien juga adalah vitamin dan mineral termasuk kalsium, fosforus dan kaya dengan zat besi.

Semua yang disenaraikan di atas adalah makanan yang sangat diperlukan oleh bakal-bakal ibu dan makanan ini juga sangat digemari oleh wanita-wanita hamil di Korea. Mereka sangat menitikberatkan makanan yang sihat dan mudah untuk diolah atau diproses. Jadi anda bolehlah mencuba untuk mengambil 4 makanan ini ala ala wanita hamil di Korea disamping dapat menjaga kesihatan sepanjang proses kehamilan anda. Sedap pulak tu!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry