Keadaan cuaca yang baik adalah salah satu perkara yang sering diharapkan semasa bercuti. Di Malaysia, cuaca yang panas adalah pilihan terbaik untuk melakukan aktiviti semasa bercuti.

Tetapi kadangkala, cuaca yang terlalu panas dan terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari membuatkan kulit anda mudah terbakar. Berikut adalah 5 tip untuk pastikan kulit anda dirawat dengan sebaiknya selepas terbakar.

1Sejukkan Kulit Dengan Kadar Segera

via Healthline

Sekiranya rakan anda mula mengatakan bahawa kulit kelihatan seakan-akan udang yang dipanggang, ini bermaksud kulit anda sudah mula terbakar secara perlahan. Caranya adalah dengan menurunkan suhu kulit dengan merendam diri anda di dalam laut.

Sekiranya anda bukan di kawasan pantai, sebaiknya pergi ke kolam renang untuk berendam seketika ataupun mandi dengan air sejuk.

2Bersihkan Kulit Dengan Sabun

via Goop

Pasti ada yang beranggapan bahawa selepas kulit anda terbakar, jangan menggunakan sabun kerana ia akan merosakkan kulit bukan? Sebaiknya gunakan sabun yang tidak menggeringkan di seluruh badan dan muka supaya klorin, air garam dan kesan lebihan sunscreen dapat dibuang dan tidak melekat ke tubuh anda.

3Sejukkan Bahagian Kulit Yang Terbakar

via HealthLine

Setelah anda membersihkan kulit dari kotoran, sapu dengan losyen ataupun paling bagus adalah dengan meletakkan aloevera di kawasan terbakar. Elakkan meletakkan losyen yang mengandungi bahan kimia kerana ini mungkin akan memberi kesan sampingan terhadap kulit anda.

IKLAN

4Kekalkan Kelembapan Kulit

via HealthLine

Langkah terakhir yang perlu dilakukan adalah dengan memastikan kulit anda sentiasa berada dalam kelembapan. Sapu losyen ataupun minyak kelapa di seluruh tubuh sebelum tidur untuk beberapa hari. Ini akan mengurangkan kesan pengelupasan akibat kulit yang terbakar.

5Menjaga Pemakanan Dan Minuman

via Indian Express

Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dan memakan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kulit yang terbakar cepat dirawat dan bertukar kepada keadaan sediakala. Pengambilan air yang betul dapat memastikan kelembapan kulit turut terjaga.

Jadi untuk anda yang suka akan bercuti dan melakukan aktiviti yang terdedah dengan matahari boleh mengamalkan tip ini supaya kulit anda nampak lebih sihat.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry