Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Kanye West Dituduh Hina Islam Gara-Gara Nama Kasut Adidas Terbaru

by Phic ARMAN
August 24, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Kanye West, telah dituduh menghina Islam gara-gara nama yang diberikan kepada rangkaian kasut Yeezy yang baru dikeluarkannya dengan kerjasama Adidas pada hujung minggu lalu.

Bantahan dari netizen ini muncul sejurus selepas Adidas mengumumkan nama koleksi Yeezy yang baru, iaitu Israfil dan Asriel.

Seperti yang dilaporkan menerusi NME, Israfil adalah malaikat yang akan meniup sangkakala pada hari kiamat. Sementara itu, Asriel adalah nama salah satu malaikat maut.

VIA NME

“Adidas menghina Islam. Israfil adalah salah satu daripada empat malaikat dalam Islam. Ini memalukan @adidasoriginals dan @kanyewest,” tulis salah seorang netizen yang dipetik oleh NME.

Tidak lama selepas itu, netizen lain mengancam untuk berhenti membeli produk Adidas sekiranya nama barisan kasut baru West tidak diubah.

“Kepada @adidas, saya akan berhenti membeli dan menggunakan produk anda jika kasut Kanye West terbaru tidak diubah kerana ia benar-benar tidak menghormati Islam. #ShameOnKanyeWest #ShameOnYeezy,” katanya.

Sebagai tunjuk perasaan, netizen sepakat mengemukakan petisyen agar Adidas menukar nama barisan kasut terbaru Yeezy melalui laman web change.org.

“Komuniti Muslim Global telah mendapat tahu bahawa Adidas membenarkan menamakan kasut yang diberi nama salah satu malaikat dalam Islam,” tulis dalam keterangan petisyen itu.

Dalam petisyen itu juga mengajak semua umat Islam untuk memboikot produk Adidas, merampas semua pembelian produk Adidas oleh kedai runcit Muslim sehingga Adidas menghentikan pengeluaran jenama baru ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adidashina islamIsrafilIsrafil AdidasKanye WestKenya westyeezy adidas
Share10Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara