Kronologi Kisah Keith Foo & Kim Raymond, Dari Perkenalan Hingga Perceraian

1.8k
KONGSIAN

Tiada siapa yang boleh menyangka rumah tangga aktor Keith Foo & Kim Raymond yang dibina selama 5 tahun telah berakhir. Berita mengenai perceraian itu dijelaskan langsung oleh Keith Foo melalui BH Online yang mengatakan bahawa dia dan isterinya telah menamatkan perkahwinan sejak 2 tahun yang lalu.

Berikut Murai MY kongsikan kronologi di sebalik perjalanan cinta Keith Foo dan Kim Raymond, dari awal pertemuan, perkahwinan, masalah rumah tangga hingga akhir perceraian.

Saling Mengenali Sejak 14 Tahun Lalu Sebelum Berkahwin

VIA BH Online

Sebelum mereka berdua berkahwin, Keith dan Kim sudah saling mengenali sejak 14 tahun yang lalu lagi. Keith cukup rapat dengan abang Kim sejak kecil lagi. Menurut sebuah wawancara bersama GLAM, mereka bermula sebagai teman, dan akhirnya mereka bercinta.

Berkahwin Pada 30 November 2015

Keith dan Kim mendaftarkan perkahwinan mereka pada 21 Disember 2014. Pasangan ini dikatakan cuba merahsiakan perkahwinan mereka daripada diketahui umum sebelum berjaya dihidu pihak media. Keith dan Kim mengadakan majlis resepsi 30 November 2015. Majlis tersebut hanya akan diadakan secara sederhana bagi meraikan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan dan media di kampung halaman Keith di Gemas, Negeri Sembilan.

Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan Pada 30 Mei 2017

Keith dan Kim menimang cahaya mata sulung mereka pada 30 Mei 2017 yang bernama Skylar Raymond Foo yang kini sudah berusia 3 tahun.

Isu Unfollow Instagram Pada Tahun 2017

Rumah tangga Keith Foo dan isterinya Kim Raymond dikatakan berantakan gara-gara si isteri unfollow suaminya di Instagram. Dakwaan lain ada mengatakan apabila kedua-duanya dikatakan sudah jarang memuat naik gambar bersama di laman sosial sejak kebelakangan itu.

Namun, pelakon itu yang selama ini lebih suka mengambil sikap berdiam diri dilihat memuat naik gambar berdua di sebuah bukit sambil bertentang mata sekali gus membuktikan cinta mereka tetap utuh.

Status Rumahtangga Diragui Sejak Awal 2019

Sekali lagi status rumah tangga Keith dan Kim diragui apabila mereka jarang berkongsi gambar masing-masing di laman sosial mereka, pada awal Mac tahun 2019. Malah, Keith sering memuatnaik gambar anak perempuan mereka, Skylar Raymond Foo, dengan keterangan berbaur kerinduan.

Menafikan sudah berpisah dengan isterinya malah Keith menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

“Hubungan kami baik-baik sahaja dan tiada apa yang ingin dikongsikan mengenai perkara itu. Biasalah, semua rumah tangga ada pasang surutnya dan perkahwinan mana yang tidak mempunyai masalah? Kita hanya manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.” – katanya kepada BH Online.

Umumkan Perceraian 24 Ogos 2020

Walaupun Keith mengeluarkan kenyataan rumahtangganya masih dalam kedaan baik pada tahun 2019, hakikatnya mereka berdua sudah tidak sebumbung sejak 2 tahun yang lalu. Seperti yang dilaporkan oleh BH Online, pasangan ini bercerai secara rasmi pada akhir tahun lalu.

“Kami bercerai secara rasmi sejak akhir tahun lalu. Tetapi, hakikatnya, kami sudah tidak bersama kira-kira dua tahun.” katanya.

Menurut Keith, bekas isteri kini menjadi kawan baik dan ternyata hubungan mereka berdua lebih baik. Pasangan ini memberi tumpuan sepenuh kepada anak sulung mereka walaupun  tidak lagi bergelar suami isteri.

+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN