‘Santorini Malaysia’! Resort Di Melaka Ini Menawarkan Penginapan Seperti Berada Di Greece

Mesti Baca

‘Terima Kasih Banyaklah!’- Zarina Zainuddin Kesal Bekalan Air Di Rumah Kena Potong

Pelakon Zarina Zainuddin hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor. Menurut hantaran terbarunya di akaun instagram...

Ikuti Jejak Kylie & Kim, Kris Jenner Bakal Mempunyai Jenama Kecantikan Sendiri

Kris Jenner bakal menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan. Beliau dikatakan mengikuti jejak langkah anak perempuannya yang turut mempunyai empayar...

Guna Dulu Sebelum Beli? Tilam Sonno Beri Anda Pengalaman Yang Luar Biasa

Anda sedang mencari tilam baru? Kami sangat memahami bahawa proses memilih tilam yang baik memerlukan kita untuk bersusah payah...
Aphit J.http://www.murai.my
Pengembara Bebas Yang Gemar Berkongsi Ilmu Tentang Makanan Seantero Dunia, Resipi Ringkas ,Travel, dan banyak lagi

Sebut saja Santorini, pasti ramai yang terbayang akan kecantikkan kawasan perlancongan yang mengagumkan dan menenangkan. Kini untuk anda yang ingin merasai sendiri pengalaman seolah-olah berada di Greece boleh mencuba menginap di resort yang digelar ‘Santorini Malaysia’.

Berada Di Pengkalan Balak, Melaka

via Facebook The Amanjena Resort

Resort yang diberi nama The Amanjena Resort ini terletak di Pengkalan Balak, Melaka. Bagi anda yang berada di Kuala Lumpur, tempoh perjalanan mengambil masa 2 jam sahaja untuk kesini.

Resort Yang Berkonsepkan ‘Mediterranean’

via Facebook The Amanjena Resort

Apa yang menarik di sini, hampir semua reka bentuk dan hiasan berkonsepkan ‘Mediterranean’ yang akan memberikan anda ‘vibes’ seperti berada di Santorini. Pemilihan warna putih dan biru sudah pasti menjadikan penginapan ini sebagai salah satu tempat yang ‘instagramable’.

Berada Di Lokasi Yang Strategik

via Facebook The Amanjena Resort

Bagi yang datang kesini anda boleh menimati keindahan dan ketenangan pantai Pengkalan Balak dan jika ada yang ingin ke tempat tarikan lain di sekitar Melaka seperti Jonker Walk, perjalanan hanya mengambil masa 45 minit sahaja.

Pelbagai Kemudahan Dan Aktiviti Boleh Dilakukan

via Facebook The Amanjena Resort

Selain menyajikan pemandangan dan reka bentuk yang menarik, The Amanjena Resort juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda beraktiviti bersama ahli keluarga.

Tarikan utama di sini adalah kolam renang dan bagi yang sukakan BBQ, resort ini menawarkan kemudahan tersebut. Selain itu, bagi kanak-kanak, terdapat ruang khas untuk mereka bermain pasir dan ini pasti menyeronokkan.

Jadi untuk anda yang merancang percutian yang lain daripada yang lain, boleh cuba The Amanjena Resort dengan membuat tempahan melalui aplikasi WhatsApp ataupun terus ke halaman Facebook The Amanjena Resort.

 

Terkini

3 ‘Influencer’ Sosial Media Diberi Vaksin Terlebih Dahulu? Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

Nampaknya ramai netizen yang terkeliru dengan sebuah laporan berita tempatan yang mendakwa Hospital Serdang berhasrat beri vaksin Covid-19 kepada 'Influencer'...

More Articles Like This