Tahun 2020 menyaksikan ramai selebriti popular mengumumkan khabar gembira yang mana mereka bakal menimang cahaya mata baharu. Ada yang menambah cahaya mata dan tidak kurang juga buat pertama kali bergelar ibu bapa. Sudah pasti ianya satu kenangan manis buat mereka.

Hamil 6 Bulan 

Terbaru, pasangan selebriti popular iaitu Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengejutkan peminat apabila mereka berkongsi berita bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lagi. Lebih mengejutkan Zahirah menerusi laman Instagram miliknya turut mendedahkan bahawa kandungannya itu sudah mencecah usia 6 bulan dan dijangka melahirkan zuriat pertama mereka sekitar Disember ini.

Ramai Yang Teruja

Meluahkan rasa teruja mereka, kedua-duanya turut berkongsi foto keadaan bayi di dalam kandungan yang kelihatan sihat dan sempurna.

IKLAN

Rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan pelbagai ucapan tahniah selain berseloroh bahawa bayi ini pasti akan kelihatan begitu comel mewarisi rupa paras yang cantik dan kacak dari ibu bapanya. Untuk rekod, Aiman dan Zahirah telah mendirikan rumahtangga pada 20 Februari 2020.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry