Tuesday, October 3, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Sah! Robert Downey Jr. Tidak Lagi Menjadi Iron Man

by Khai Azfar
September 3, 2020
74
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ini satu lagi khabar berita yang menyedihkan buat peminat Marvel. Selepas khabar berita mengenai kematian pelakon yang memegang watak Black Panther, Chadwick Boseman pada awal minggu lalu, kini peminat Marvel terpaksa menghadapi kenyataan bahawa mereka berkemungkinan besar tidak akan dapat lagi melihat Robert Downey Jr. sebagai Iron Man.

Sudah Selesai Bersama MCU 

Kenyataan itu disahkan sekali lagi oleh Downey pada Selasa lalu yang mana dia  tidak lagi akan memegang watak sebagai Iron Man. Lebih mengejutkan, dia juga mungkin tidak akan lagi bersama dengan pihak Marvel Cinematic Universe(MCU) selepas ini. Ianya dinyatakan oleh Downey menerusi temubual podcast bersama Jason Bateman, Sean Hayes dan Will Arnett, yang mana dia menyatakan masanya bersama MCU ‘sudah selesai’.

Untuk rekod, Downey mula memegang watak sebagai Tony Stark pada tahun 2008 yang juga merupakan filem pertama MCU dan penglibatannya yang terakhir adalah menerusi filem Avengers : Endgame pada 2019 yang mana semua sedia maklum watak Iron Man terkorban selepas bertarung dengan Thanos.

Kemunculan Khas Dalam Black Widow

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan ComicBook.com telah menyatakan Downey akan membuat kemunculan khas dalam filem Black Widow yang merupakan filem pertama dalam fasa 4 MCU. Filem yang sepatutnya ditayangkan pada Mei 2020 ini telah ditunda tayangannya pada November 2020 akibat penularan wabak COVID-19.

Dalam laporan itu turut menyatakan kemunclan itu berkemungkinan memperlihatkan babak yang dipadam dari filem Captain America: Civil War. Spekulasi turut menyatakan suara Downey mungkin akan diguna pakai oleh dalam filem RiRi Williams sebagai Ironheart sekiranya watak itu diwujudkan dalam filem. Sebelum ini, Downey telah menyatakan Ironheart sepatutnya dijadikan sebagai salah satu watak MCU.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER iron manRobert Downey Jr.
Share36Tweet16SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Puteri Ameerah Dipuji Cantik & Anggun Oleh Rakyat!-“Cara Dia Berjalan Ada CLASS!”

  2. 2

    [VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

  3. 3

    Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

  4. 4

    Bersyukur Harungi Tempoh Berpantang Dengan Sempurna, Wany Akhirnya Kongsi Wajah Anak Lepas 3 Bulan

  5. 5

    [VIDEO] Zarina Zainuddin Persoal Kenapa Tidak Romantik, Jawapan Azal Buat Netizen Tersentuh!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan