Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Wedding Of The Year? Ini Kronologi Kisah Perkahwinan Mira Filzah

by Khai Azfar
September 3, 2020
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Teka-teki mengenai siapakah jejaka bertuah yang berjaya menambat hati pelakon popular Mira Filzah akhirnya terjawab apabila Wan Emir Astar merupakan jejaka misteri selama ini yang menjadi spekulasi peminat.

Kronologi Kisah Perkahwian Mira Filzah & Wan Emir Astar

Terbaru, Bintang Paling Popular 2019 itu bakal menamatkan zaman bujangnya apabila dia bakal bernikah dengan Emir yang juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu Datin Mastura Mohd Yazid pada malam ini. Malah siaran langsung majlis pernikahan mereka bakal disiarkan di TV3 malam ini. Berikut kami kongsikan kronologi kisah Mira dan Emir sehingga ke jinjang pelamin. Barangkali ianya adalah ‘wedding of the year’ bagi 2020?

Hubungan Mira Dan Emir Mula ‘Dihidu’ Pihak Media

Pada hujung tahun 2019, peminat mula memperkatakan bahawa Mira kini hangat bercinta dengan seorang jejaka yang merupakan anak kepada seorang ahli politik. Malah Mira juga turut membawa temannya itu buat kali pertama di hadapan khalayak ramai ketika di majlis resepsi Farah Nabilah pada Januari 2020. Jejaka itu, Wan Emir Astar merupakan seorang artikek dan memiliki firma seni bina. Difahamkan juga Emir merupakan kawan lama kepada Mira Filzah sewaktu zaman belajar dahulu.

Enggan Sahkan Hubungan

Bagaimanapun, Mira tetap berpendiriannya untuk tidak memberi komen lanjut mengenai status hubungannya dengan seorang jejaka kerana dianggap telalu peribadi.

Malah ianya dibuat kerana ingin menjaga hati kedua-dua belah pihak keluarga dan tidak kisah sekiranya ada pihak yang membuat andaian mereka tersendiri.

Adik Mira Gelar Emir ‘BIL’

Pada 3 Jun 2020 ,figura yang dikatakan sebagai jejaka bertuah memiliki hati pelakon Mira Filzah,Wan Emir Astar telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30. Malah dia turut memuatnaik posting foto dan ucapan dedikasi bersempena ulang tahun kelahirannya itu di laman Instagram. Menariknya mengenai posting tersebut, kelihatan bayangan samar sebentuk cincin di jari manis seseorang sekaligus mencetuskan spekulasi warganet bahawa kedua-duanya telah bertunang. Malah,nama Mira dan ibu Emir, Datin Mastura Yazid turut diletakkan bersama pada foto.

[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-"Comel Amir.."

Menguatkan lagi spekulasi berkenaan, adik Mira iaitu Aina Fadhilah turut meninggalkan ucapan ringkas di ruangan komen posting Emir,‘Happy Birthday BIL’ (brother-in-law) bersempena hari lahirnya.

Ikat Tali Pertunangan

Menerusi laporan media pada Julai 2020, Mira akhirnya mengesahkan dia sudah bertunang dengan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Bagaimanapun, Mira enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu dan tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini.

Umum Pernikahan

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Hari ini menerusi laporan Harian Metro, Mira mengesahkan mereka bakal bernikah malam ini di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam ini. Dalam laporan itu, Mira turut menyatakan pertemuan pertamanya dengan Emir adalah pada Oktober tahun lalu sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

Pernikahan Dipercepatkan

Sebelum ini, Mira pernah menyatakan pada pihak media majlis pernikahan mereka sepatutnya berlangsung pada Oktober depan namun dipercepatkan kerana kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di tanah air untuk tempoh yang panjang.

“Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan.

“Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan, manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya menerusi Harian Metro

Disiarkan Secara Langsung Di TV3

Dalam pada itu, majlis pernikahan pasangan ini boleh disaksikan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam ini, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam pula boleh disaksikan di saluran YouTube TV3. Sebanyak tiga majlis bakal diadakan termasuk majlis pernikahan pada hari ini. Dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong diadakan pada Ahad ini.

Dedah Mira lagi, kesemua majlis ini menggunakan bajetnya sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Sebagai info, majlis resepsi pada Sabtu juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan dalam program Melodi.

mira filzahmira filzah kahwinWan Emir Astar
https://lomp.at/7scbk
Share8Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Spotlight

Pernah Lalui Situasi Sama, Aufahanie Titip Kata-Kata Buat Julia,- ‘Awak Sangat Kuat Sayang’

by Phic ARMAN
April 13, 2026

Penyanyi muda Malaysia, Nur Aufahanie Mokhtar atau lebih mesra disapa Aufahanie, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil memberikan kata-kata...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] “Bukan Kami Yang Bantu, Tapi Anda Semua…”-Datin Shahida

by Naddy Joe
April 16, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menitipkan rasa syukur di atas sokongan orang...

Read moreDetails
Foto - @nubhan.ahamad (Threads)
Lokal

Kelibat Wanita Dalam Hantaran IG Nubhan Curi Perhatian- “So Betullah Ni?”

by Nurul A.
March 26, 2026

Nama penyanyi Nubhan menjadi bualan ramai selepas memuat naik hantaran terbarunya di media sosial. Menerusi hantaran tersebut, Nubhan dilihat sedang...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Kesal Marissa Dicaci Isu Lafaz Cerai Luar Mahkamah, Turut Tegur Sikap Aslam-“Buat Main Anak Orang…”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi respon terhadap komen-komen netizen berhubung susulan isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bersama pempengaruh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara