10 Video Yang Paling Banyak Ditonton Di Laman YouTube

Menerusi senarai yang dikeluarkan, kebanyakan rekod video paling banyak ditonton merupakan video muzik oleh penyanyi-penyanyi popular antarabangsa

Mesti Baca

Masih Bebas & Dituduh Bersembunyi, Nur Sajat Beri Respon Mengejutkan!

Ketika semua media arus perdana melaporkan bahawa usahawan, Nur Sajat diburu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), lain pula berlaku...

Cardi B Kongsi Dedah Alasan Nekad Buat Pembedahan Plastik

Cardi B menyatakan bahawa beliau berasa sangat yakin setelah menjalani pembedahan plastik. Rapper wanita yang menjalani prosedur implan payudara...

Menyelerakan! Elyana Kini Jalankan Perniagaan Berasaskan Sambal Masakan

Meskipun rata-rata peminat sedia maklum bahawa penyanyi Elyana merupakan seorang pesakit kanser yang kini telah berada di tahap empat,...

Untuk rekod, lagu “Despacito” oleh Luis Fonsi duet bersama Daddy Yankee kini merupakan video yang paling banyak ditonton dalam sejarah. Dengan capaian 6.95 bilion tontonan, rekod tersebut masih dipegang oleh mereka sehingga ke hari ini.

Menerusi senarai yang dikeluarkan, kebanyakan rekod video paling banyak ditonton merupakan video muzik oleh penyanyi-penyanyi popular antarabangsa. Berdasarkan rekod-rekod ini juga, ada diantaranya turut melakar pencapaian peribadi antaranya, video iklan Nike yang menampilkan pemain bola sepak Brazil Ronaldinho merupakan video pertama di dunia yang mencapai satu juta tontonan.

10 Video Yang Paling Banyak Ditonton Di Laman YouTube

Manakala pada Disember 2012, video “Gangnam Style” menjadi video pertama yang mencecah 1 bilion tontonan dan diikuti beberapa video klasik seperti “Bohemian Rhapsody” oleh Queen merupakan video pertama tahun 1970 yang mendapat 1 bilion tontonan serta video muzik Guns N’ Roses’ berjudul “Sweet Child o’ Mine” merupakan video tahun 1980 pertama mencecah 1 bilion tontonan yang dicapai pada Oktober 2019.

Berikut kami tampilkan senarai 10 video yang paling banyak ditonton di laman YouTube ketika ini.

Despacito – Luis Fonsi & Daddy Yankee

Tarikh dimuat naik : 12 Januari 2017
Jumlah tontonan : 6.95 bilion

Baby Shark Dance – Pinkfong Kids’ Songs & Stories

Tarikh dimuat naik : 17 Jun 2016
Jumlah tontonan : 6.49 bilion

Shape of You – Ed Sheeran

Tarikh dimuat naik : 30 Januari 2017
Jumlah tontonan : 4.96 bilion

See You Again – Wiz Khalifa & Charlie Puth

Tarikh dimuat naik : 6 April 2015
Jumlah tontonan : 4.71 bilion

Masha and the Bear – Recipe for Disaster Get Movies

Tarikh dimuat naik : 31 Januari 2012
Jumlah tontonan : 4.33 bilion

Uptown Funk- Mark Ronson & Bruno Mars

Tarikh dimuat naik : 19 November 2014
Jumlah tontonan : 3.94 bilion

Johny Johny Yes Papa – LooLoo Kids

Tarikh dimuat naik : 8 Oktober 2016
Jumlah tontonan : 3.81 bilion

Gangnam Style – Psy

Tarikh dimuat naik : 15 Julai 2012
Jumlah tontonan : 3.77 bilion

Learning Colors – Colorful Eggs on a Farm Miroshka TV

Tarikh dimuat naik : 27 Februari 2018
Jumlah tontonan : 3.64 bilion February 27, 2018

Sorry – Justin Bieber

Tarikh dimuat naik : 22 Oktober 2015
Jumlah tontonan : 3.34 bilion

Terkini

Ingat Lagi Penyanyi Shajiri? Kini Bergelar Usahawan & Berkongsi Tips Untuk Menjana Pendapatan

Anda masih ingat dengan penyanyi Kumpulan KGB yang pernah popular dengan lagu 'Orang Kita' dan 'Hadirlah Kasih' Shajiri? Shajiri...

Artikel Berkaitan