Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Misteri! Mayat Ditemui Terapung Di Hadapan Rumah Putera William & Kate Middleton

by Phic ARMAN
September 8, 2020
Share on Facebook

Sangat mengejutkan, apabila mayat seorang wanita ditemui terapung di kolam di hadapan Istana Kensington, kediaman Putera William dan Kate Middleton. Dilaporkan dari laman Independent, polis pada awalnya berpendapat bahawa mayat wanita yang belum disahkan identitinya itu adalah seorang artis Britain, Endellion Lycett Green, yang dinyatakan hilang beberapa waktu lalu.

Namun, ketika polis memaklumkan berita mengenai penemuan mayat ini, keluarga tersebut mengatakan mayat Endellion telah dijumpai dan dalam keadaan baik. Berdasarkan keterangan polis, Istana Kensington membuat laporan pada 29 Ogos lalu di mana mayat itu dilihat di kawasan Kensington Gardens.

“Polis dipanggil ke Kensington Gardens pada jam 7.09 pagi 29 Ogos. Wanita itu dinyatakan mati, dan penyebab kematiannya tidak diketahui, tetapi akan disiasat. Bedah siasat akan dilakukan,” kata polis.

Nasib baik, ketika kejadian itu berlaku, Putera William dan Kate Middleton tidak ada di rumah. Mereka berdua bercuti bersama tiga anak mereka ke Istana Balmoral di Scotland bersama Ratu Elizabeth II.

Sehingga kini, tidak ada yang tahu siapa sebenarnya jasad wanita itu. Tidak diketahui juga adakah keluarga bangsawan lain yang melihat mayat wanita itu. Kerana selain Putera William dan Kate, Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank juga tinggal di hadapan Istana Kensington.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kate middletonmayatputera william
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

  4. 4

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara