Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Serendah RM1,399! Lihat Apa Yang Menarik Dengan HUAWEI MatePad

by Phic ARMAN
September 9, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

HUAWEI melancarkan sejumlah peranti baru di Malaysia. Salah satunya adalah tablet MatePad, yang dijual dengan harga RM1,399 bermula hari ini 9 September 2020.

Lebih menarik, harga ini dilengkapi dengan papan kekunci dan barangan percuma lain. Tablet seberat 460 gram ini mempunyai skrin 10.4 inci (2,000 x 1,200) dengan bingkai setebal 7.35mm. HUAWEI MatePad hadir dalam satu pilihan warna, yakni Midnight Grey.

HUAWEI MatePad adalah tablet kedua yang dikeluarkan oleh HUAWEI tahun ini.Tablet ini dapat digunakan di mana-mana saja, baik di rumah ataupun di tempat kerja.

Selain mempromosikan aspek reka bentuk, HUAWEI MatePad juga menyokong papan kekunci yang menarik bagi menambahkan pengalaman menarik menggunakan tablet ini.

HUAWEI MatePad mengetengahkan keupayaan audio. Menggunakan empat pembesar suara yang diletakkan di setiap sudut tablet, ia menyokong Histen 6.0 untuk memberikan kesan bunyi stereo 3D. Bunyi dari muzik dan filem akan terdengar lebih mendalam daripada sebelumnya dengan empat pembesar suara amplitud tinggi yang menampilkan reka bentuk yang inovatif.

Kamera depan HUAWEI MatePad mempunyai sudut lebar 108 darjah berukuran 8 MP. Dilengkapi dengan fitur FollowCam yang menempatkan pengguna selalu di tengah bingkai semasa panggilan video.

Kamera belakang berukuran 8 MP. Dilengkapi dengan fokus dan flash automatik, dan memiliki kemampuan untuk merakam Full HD.

Ia juga dilengkapi dengan Multi-screen Collaboration yang membolehkan pengguna menyambungkan telefon pintar HUAWEI ke tablet dan menggunakan dua peranti dengan lancar pada satu paparan.

Tidak kurang menarik adalah ciri eBook Mode. Apabila diaktifkan, skrin akan berubah menjadi paparan yang membuatkan mata anda jadi lebih selesa untuk membaca di tablet ini.

Dari segi performance, HUAWEI menjanjikan prestasi yang lancar di MatePad. Kerana mereka memasangkan chipset Kirin 810 yang digabungkan dengan RAM 4GB.

Memori dalaman 64 GB. Baterinya sendiri mempunyai kapasiti 7,250 mAh yang dapat menyokong 12 jam menonton video, 65 jam mendengar muzik dan 7 jam bermain permainan 3D.

Unboxing HUAWEi MatePad

Berminat untuk dapatkan HUAWEI MatePad? Dalam setiap kotak jualan, selain tablet, turut diberikan Charger, Kabel, Eject Pin, Buku Panduan, Kad Jaminan, USB Type-C to 3.5 mm headset jack adapter cable .

YouTube video

Sama seperti peranti-peranti sebelum ini, HUAWEI menawarkan banyak freebies untuk setiap pembelian. Kali ini, pengguna yang membeli HUAWEI MatePad baru akan menerima papan kekunci percuma dan barang percuma lain yang bernilai sehingga lebih RM500 tau!

Anda berpeluang mendapatkan  freebies seperti di bawah;

  • Papan kekunci
  • HUAWEI Video selama 3 bulan (saluran The Explorers & Qello Concerts)
  • HUAWEI Book (sah sehingga 31 Disember 2020)
  • HUAWEI Member Center Rewards
  • HUAWEI Cloud Storage sebanyak 15GB selama 12 bulan

Sekali kami ingatkan, HUAWEI MatePad baru ini boleh didapati bermula hari ini 9 September di HUAWEI Store.

Huawei Matepad
https://lomp.at/v1f4n
Share13Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara