Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Kecoh! Ada Orang Nampak Hantu Di Sunway Lagoon

by Khai Azfar
September 25, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, di media sosial tular mengenai perkongsian daripada seorang netizen apabila mendedahkan terdapat beberapa entiti misteri dan pengalaman menyeramkan di Sunway Lagoon.

Tular Di Media Sosial 

via @Adam_daniall

Pengalaman itu dikongsi sendiri oleh netizen dengan akaun @adam_daniall selepas mengunjungi taman tema tersebut dan perkongsiannya telah mendapat perhatian warganet. Bagaimanapun, penampakan tersebut adalah ‘biasa’ di Sunway Lagoon terutamanya pada bulan Oktober yang sinonim dengan Halloween.

Tiada NOF Tahun Ini 

Saban tahun, ramai yang menantikan bulan Oktober dan pengumuman rasmi dari pihak Sunway Lagoon yang mana mereka akan mengadakan Night Of Fright (NOF) pada malam setiap minggu selama lebih dari sebulan.

Dalam NOF, keseluruhan taman tema ini bakal bertukar menjadi taman tema yang menyeramkan selain turut memperkenalkan beberapa rumah hantu baharu dan permainan yang menakutkan. Kali terakhir NOF diadakan adalah pada tahun lalu bagi edisi yang ke-7.

Bagaimanapun, untuk tahun ini dek kerana penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan bagi mengelakkan pengunjung melanggar penjarakkan fizikal, pihak Sunway Lagoon telah membatalkan penganjuran NOF buat pertama kalinya. Namun begitu, taman tema yang ketujuh terkenal di Asia ini telah merancang sesuatu yang lebih menarik buat pengunjung kelak!

Day Light Fright Janjikan Keseronokan! 

Ini kerana bermula 3 Oktober 2020 hingga 1 November 2020 setiap Sabtu dan Ahad, pihak Sunway Lagoon akan mengadakan Day Light Fright (DLF) dalam suasana norma baharu. Jika anda memikirkan SOP, jangan risau kerana mereka mementingkan penjarakkan fizikal dengan hanya membenarkan kapasiti 50% pengunjung daripada kebiasaan.

Kelainan yang ada? Semestinya masih menampilkan beberapa rumah hantu! Antaranya pengunjung boleh merasai pengalaman mendebarkan di dalam Horrorwood Studios, Scarytales Theater, Zombie Lockdown dan Sharknado Alive!

Menariknya lagi dengan satu harga, pengunjung boleh bermain semua permainan air di dalam Sunway Lagoon berbanding pada tahun sebelum ini yang hanya beberapa sahaja yang dibenarkan.

Menangi Tiket Percuma DFL

Untuk itu, Murai.my ingin turut sama mengajak pembaca dan penonton bertuah kami ke DFL kelak secara percuma! Caranya hanya menonton segmen siaran langsung kami pada Rabu 30 September 2020 pada jam 3 petang di Facebook rasmi Murai.my.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
day light frightday light fright sunway lagoonDLFnight of frightsunway lagoon
Share7Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Tourism Malaysia
Destinasi

6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

by Nurul A.
June 27, 2026

Ramai rakyat Malaysia sudah lama ingin meneroka Pantai Timur, namun hasrat itu sering tertangguh. Hakikatnya, wilayah ini menyimpan pelbagai tarikan...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
LifeXplore

Travel Nak Best, Beg Kena Betul! 5 Tips Pilih Luggage Tanpa Menyesal

by Phic ARMAN
June 11, 2026

Musim cuti memang selalu buat ramai mula “mode travel on”. Tiket dah cari, itinerary dah siap, tapi satu benda yang...

Read moreDetails
Foto - Hong Kong Tourism Board
Destinasi

Hong Kong Meriahkan Musim Panas Dengan Festival, Demam Bola Sepak & Ganjaran Percutian Eksklusif

by Nurul A.
June 29, 2026

Pada musim panas kali ini, Hong Kong mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan bandar ini menerusi kempen Hong Kong Summer...

Read moreDetails
Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Foto - @alorsetarcitycouncil (IG)
Jalan-Jalan

[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!

by Nurul A.
June 10, 2026

Tiada siapa jangka bandar Alor Setar, Kedah dipromosikan di salah satu siaran radio terkenal di Korea Selatan sempena kempen Tahun...

Read moreDetails
Foto - Le Méridien Putrajaya
Destinasi

Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya Kini Destinasi Pelancongan Serba Lengkap

by Nurul A.
July 1, 2026

Selain berperanan sebagai pusat pentadbiran, Putrajaya kini memperluaskan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan. Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  3. 3

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara