Yash Raj Film (YRF) didirikan oleh Yash Chopra pada tahun 1970 dan sekarang dikendalikan oleh Aditya Chopra suami kepada Rani Mukerji.

Yash Chopra telah mengarahkan 22 filem, yang kebanyakannya berjaya. Banyak pelakon di bollywood telah berkembang maju setelah memasuki produksi Yash Chopra. Salah satunya adalah Shahrukh Khan dan Kajol dengan filem legenda Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Aditya Chopra bersama mendiang bapanya Yash Chopra

Aditya Chopra telah berkongsi sepucuk surat yang ditulisnya saat syarikat produksi itu sempena ulangtahun genap yang ke- 50 tahun. Secara kebetulan, ia juga menandakan ulang tahun kelahiran Yash Chopra pada 27 September.

Dalam suratnya, Chopra teringat bagaimana ayahnya pada awalnya merupakan seorang pekerja ‘makan gaji’ di BR Films dan memulakan syarikat itu tanpa apa-apa, tetapi mencipta sebuah legasi. Dia juga mengimbau kembali membuat filem ‘Dilwale Dulhania Le Jayenge’ di mana ketika itu  Yash Rash Films sudah menjangkau usia 25 tahun.

Ihsan dari Yash Raj Film (YRF)

“Pada tahun 1970, ayah saya Yash Chopra bersama abangnya, Mr. BR Chopra menubuhkan syarikatnya sendiri. Pada masa itu, dia adalah pekerja bergaji BR Films dan tidak memiliki apa-apa untuk dirinya sendiri. Dia tidak tahu bagaimana menjalankan perniagaan dan bahkan tidak mempunyai pengetahuan asas dalam mendirikan syarikat. Yang dia miliki adalah kepercayaan yang kuat terhadap bakat dan kerja kerasnya serta impian untuk berdikari. Keyakinan seorang lelaki kreatif yang tidak lain menyokong dirinya dan seninya, maka lahirlah Yash Raj Films. “

Yash Chopra, meninggal dunia pada Oktober 2012 kerana diserang denggi pada usia 80 tahun.

Aditya Chopra mengumumkan apa rancangan khasnya kerana syarikat produksi itu telah pun mencecah usia 50 tahun. Dia mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang pernah terlibat dengan YRF, dan mengatakan bahawa dia ingin terus menjadi sebahagian daripada dunia Bollywood dalam kehidupannya.

IKLAN

Sempena ulangtahun ke-50 ini, Aditya Chopra telah melancarkan logo baru, istimewa untuk syarikat produksi yang menandakan permulaan 50 tahun perayaan syarikat produksi terbesar di India.

Logo baru itu menggambarkan perjalanan gemilang Yash Raj Films. Logo tersebut sebagai simbolik sejarah YRF yang pernah bekerja dengan bintang-bintang besar dalam 50 tahun terakhir dan juga menghiburkan penonton dengan filem blockbusters dalam sejarah pawagam India.

Untuk info, Yash Raj Films telah menghasilkan filem hits blockbuster seperti Saathiya, Chandni, Salaam Namaste, Darr, Lamhe, Hum Tum, Mohabbatein, Dil Toh Pagal Hai, Chak De! India, Dhoom, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Bunty Aur Bali, Dhoom 2, Fanaa, Veer-Zara dan banyak lagi.