Deepika Padukone, Sara Ali Khan dan Shraddha Kapoor telah memenuhi panggilan Biro Pengawalan Narkotik (NCB). Ketiga-tiga pelakon Bollywood itu disyaki mengambil dadah setelah mesej WhatsApp didedahkan dan Rhea Chakraborty menyebut nama mereka.
Seperti diketahui bahawa setelah kematian Sushant Singh Rajput, kes dadah di kalangan selebriti bollywood sedang banyak disiasat. Deepika, Sara dan Shraddha akhirnya mengaku kepada pihak berkuasa.
Deepika Menangis
Menurut laporan, Deepika melakukan mogok tiga kali semasa soal siasat. Bukan hanya itu, isteri Ranveer Singh itu juga menangis ketika pegawai mengajukan bertubi-tubi soalan kepadanya dalam penyiasatan mengenai penjualan dadah di industri Bollywood.
Sehinggakan pegawai Agensi Narkotik India menegur Deepika kerana kelakuannya dan memberi amaran agar tidak terlalu emosional ketika membuat kenyataan.
Deepika tiba di pejabat NCB di Colaba, Mumbai sekitar jam 9.45 pagi waktu tempatan dan pulang pada pukul 3.30 petang. Untuk makluman, mesej Deepika yang didedahkan tersebut menujukkan bahawa Deepika meminta beberapa jenis ubat dari pengurusnya.
Dilaporkan oleh ZeenewsIndia pada hari Isnin, 28 September 2020, hasil soal siasat mengatakan bahawa dia memang mengirim pesan itu tetapi menafikan dakwaan menggunakan dadah. Ranveer Singh juga meminta izin dari NCB untuk menemani Deepika yang mempunyai masalah Anxiety Disorder (Gangguan Kebimbangan).
Sara Ali Khan dan Shraddha Kapoor disoal siasat secara berasingan
Sementara itu, Sara Ali Khan dan Shraddha Kapoor disoal siasat secara berasingan dengan Deepika di pejabat zona NCB di Ballard Estate.
Sara diperiksa selama lebih kurang lima jam dan Shraddha sekitar enam jam. Diketahui maklumat Sara diselidiki setelah dia mempunyai hubungan rapat dengan Sushant Singh Rajput dan pernah pergi ke Thailand bersama.
Dalam video yang tersebar, Sara dan Sushant dilihat bercakap sambil ada kepulan asap kecil yang disyaki mereka menghisap dadah.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=15&v=VtAmsb-b7eM&feature=emb_logo
Anak tiri Kareena Kapoor ini mengaku pada NCB waktu dia memang menemani Sushant ke Thailand namun menolak dakwaan mengambil dadah. Nama Sara disiasat setelah Rhea Chakraborty membongkar beberapa nama aktres ternama Bollywood yang mengambil dadah.
Buat masa ini masih belum ada penangkapan pada 3 aktres ternama tersebut. Pihak NCB masih mendengar kenyataan dan pengakuan yang diajukan oleh Sara Ali Khan, Deepika Padukone dan Shraddha Kapoor.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.