Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Pengasas Jenama Kenzo Meninggal Dunia Akibat COVID-19!

by Khai Azfar
October 5, 2020
Share on Facebook

Awal pagi tadi, dunia dikejutkan dengan pemergian pereka fesyen terkenal yang juga pengasas kepada jenama Kenzo,Kenzo Takada, 81.

Meninggal Dunia Kerana COVID-19 

Takada dilaporkan meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi yang dihidapi selepas disahkan positif wabak COVID-19. Pereka fesyen itu telah bermastautin di Perancis selepas membina nama pada tahun 1970 di Paris dan menampilkan rekaan berani yang diinspirasikan dari kembaranya di seluruh dunia.

“Dukacita dimaklumkan, Kenzo Takada telah meninggal dunia pada usia 81 tahun selepas mengalami komplikasi dari jangkitan COVID-19.

“Takada menghembuskan nafas terakhir di American Hospital, Neuilly-sur-Seine, Perancis,” tulis jurucakap jenama K-3 dalam sebuah kenyataan.

Inspirasi Di Seluruh Dunia 

Mengenai Takada, kisah perjalanan hidupnya telah memberikan pelbagai inspirasi di seluruh dunia. Biarpun telah meninggalkan jenama Kenzo dengan menjualnya pada konglomerat mewah, LVMH namun jenama itu masih gah sehingga kini.

Pada awal Januari, Takada telah menampilkan rekaan barangan hiasan dalaman rumah dengan memperkenalkan jenama K-3 yang menggabungkan rekaan yang diinspirasikan dari pengaruh barat dan unsur dari negara kelahirannya, Jepun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19kenzokenzo takada
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara