Aktres popular di India, Kareena Kapoor dilihat begitu bahagia dengan kehamilan anak kedua. Kini usia kandungan isteri Saif Ali Khan itu telah memasuki bulan ke-5. Sudah tentu terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya.

Walaupun perutnya semakin membesar dalam usianya yang sudah tinggi, Kareena Kapoor sama sekali tidak hilang daya tarikannya. Pelakon Bollywood berusia 40 tahun ini masih cantik dan menawan walaupun dia tampil tanpa solekan.

Lihat sahaja bagaimana dia memaparkan kejelitaannya dalam foto di atas. Kareena sempat selfie di halaman belakang rumahnya, malah begitu yakin dengan wajah flawless yang sama sekali tanpa solekan. Semasa foto itu dimuat naik, dia menulis kapsyen pendek yang berbunyi,

“5 bulan dan semakin kuat”

Menerima Pujian Dari Peminat

Posting ini menarik perhatian peminat. Mereka juga membanjiri ruangan komen Kareena dengan pelbagai pujian untuk wanita hamil cantik ini yang mesra dengan nama panggilan Bebo.

IKLAN