Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Perdana Menteri, Ketua Polis Negara Antara Yang Kuarantin 14 Hari

by Khai Azfar
October 6, 2020
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, kes wabak COVID-19 dalam negara mencatatkan angka mengejutkan yang mana sebanyak 432 kes telah dilaporkan sekaligus menjadi kes tertinggi pernah direkodkan sejak Mac lalu.

Dr Zulkifli Positif COVID-19

Bukan sahaja beberapa pusat membeli-belah terkemuka dilaporkan mempunyai kes positif di dalamnya, lebih mengejutkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut disahkan positif. Ekoran itu, mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Zulkifli diminta untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Kuarantin Kendiri

Ini termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing selepas turut hadir bersama Zulkifli pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) 3 Oktober lalu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat itu.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat ini diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober lalu dan dipakaikan gelang pengawasan,” kata Muhyiddin dalam sebuah kenyataan.

Untuk info, mesyuarat tersebut telah dipengerusikan sendiri oleh Muhyiddin. Biarpun begitu, KKM ingin memohon orang ramai agar tidak khuatir dengan kejadian ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakriismail sabriKetua Polis NegaraTan Sri Muhyiddin
Share38Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara