Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Persembahan Halloween? Qody Rany Tampil Beri Penjelasan

by Khai Azfar
October 9, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun program realiti Big Stage 2020 telah melabuhkan tirainya, namun kehebatan persembahan kelima-lima finalis iaitu Azzam Sham, Usop, Qody Rany, Dinie Rashid dan Fadh Majid masih lagi hangat diperkatakan.

Anggap Persembahan Qody Seperti Perayaan Halloween

Dalam pada itu,terdapat dakwaan persembahan Qody yang mendendangkan lagu asal kumpulan Spider berjudul Aladin kononnya seperti sebuah persembahan menyambut perayaan Halloween apatah lagi pada setiap penghujung Oktober, masyarakat beragama katolik akan menyambut perayaan itu.

Gabung Pelbagai Elemen

Tampil memberi penjelasan, menurut Qody persembahannya itu sama sekali tidak ke arah Halloween seperti yang diperkatakan sesetengah pihak. Sebaliknya, dia ingin merancang sesuatu yang diluar jangkaan dan ingin menampakkan sedikit gimik lagu tersebut buat penonton.

Hasilnya, persembahan yang menggabungkan elemen psiko dan seram itu berjaya ditampilkan apatah lagi salah seorang juri tetap, Dayang Nurfaizah menunjukkan reaksi cemas disaat awal persembahan Qody.

” Sebenarnya persembahan ini menunjukkan seperti sebuah sarkas yang terbiar dan dihidupkan semula. Saya memang tak tahu menahu mengenai Halloween dan agak terkejut juga bila ada yang cakap sebegitu.

Tapi apa pun, saya memang berpuas hati dengan persembahan ini apatah lagi elemen ‘surprise’ itu berjaya ditonjolkan” kata Qody ketika ditemui Murai.my usai daripada malam finale Big Stage baru-baru ini.

Bercakap mengenai perancangannya selepas ini, Qody berkata dia akan menumpukan sepenuhnya terhadap karier seni apatah lagi telah diberi peluang untuk sertai Big Stage musim Kali ini. Biarpun ada yang menganggap vokal Qody sesuai untuk bersama kumpulan, namun bagi penyanyi dari Kedah ini, dia ingin teruskan karier sebagai solo artis terlebih dahulu.

“Buat masa ini saya tak terfikir untuk sertai mana-mana kumpulan lagi. Sebab saya pun baru sahaja habis dengan Big Stage,jadi saya nak tumpukan terlebih dahulu dengan karier solo” tambah Qody lagi.

Dalam Big Stage 2020, Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara manakala Usop menyandang kedudukan naib juara. Qody pula berada di tempat ketiga dan Dinie Rashid serta Fadh Majid masing-masing selesa berada di tempat keempat dan kelima.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Qody Rany
Share13Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara