Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Wanita Diharamkan Menjejakkan Kaki Di Sini! 5 Tempat Ini Ada Sebabnya Sendiri

by Aphit J.
October 11, 2020
via Rojak Daily

via Rojak Daily

150
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahukah anda, di dunia ini terdapat beberapa lokasi yang mengharamkan wanita untuk menjejakkan kaki di tempat tersebut. Menurut Wio News, berikut adalah sebab mengapa 5 lokasi ini mengharamkan wanita menjejakkan kaki di sini.

Pergunungan Athos, Greece

via Greece Is

Dikenali dengan nama ‘Agion Oros’ di Greece atau ‘Gunung Suci,’ lebih 1,000 tahun kawasan pergunungan ini dibuka bagi melatih sami. Seluruh kawasan ini menjadi kawasan larangan, bukan sahaja kepada golongan wanita malahan turut sama melibatkan haiwan betina.

Tradisi ini dikekalkan bagi menghormati kehadiran Virgin Mary ke kawasan itu yang menukarkan kawasan itu kepada ajaran Ortodoks Kristian dan mereka akan memastikan hanya Mary satu-satunya wanita yang pernah menjejakkan kaki ke situ.

Gunung Omine, Jepun

via Japan Travel

Menurut Wio News, kawasan suci Gunung Omine menjadi salah satu lokasi penyembahan utama agama Shugendo, sebuah agama kuno yang dianuti kumpulan minoriti warga Jepun.

Untuk lebih 1,300 tahun hanya kumpulan lelaki saja dibenarkan mendaki gunung ini untuk sampai ke sebuah tokong yang dibina di puncaknya. Menariknya kaum wanita di sini tidak menimbulkan kontroversi malah turut menghormati permintaan sami-sami di situ.

Pulau Okinoshima, Jepun

via Rojak Daily

Pulau Okinoshima merupakan tapak warisan dunia oleh UNESCO dan merupakan salah sebuah kawasan yang dianggap suci oleh masyarakat Jepun. Pulau ini bukan saja melarang wanita hadir malahan hanya membenarkan 200 orang lelaki saja masuk ke pulau itu pada 27 Mei setiap tahun.

Ritual yang dijalankan setiap 27 Mei sempena memperingati perang yang berlaku tidak jauh daripada pulau tersebut dan memerlukan individu lelaki yang hadir berendam di pantai tanpa berpakaian seurat benang.

Kuil Shabarimala, India

via Business Standard

Kuil Shabarimala adalah sebuah kuil penganut Hindu yang terletak di Kerala, India. Sejak tahun 1991, kuil ini menjadi kawasan larangan bagi wanita tetapi berjaya dicabar oleh kumpulan pejuang hak asasi pada tahun 2018.

Menurut Wio News, pada penghujung tahun 2019, kerajaan Kerala mengumumkan mereka akan mengenakan larangan ke atas mana mana wanita untuk menjejakkan kaki ke kuil ini.

Lorong Herbertstrasse, Jerman

via Headout

Lokasi unik ini yang mempunyai sejarah panjang di Jerman melarang wanita memasukinya disebabkan kegiatan pelacuran yang dijalankan didalamnya. Pada dahulunya kerajaan Nazi Jerman memilih untuk mendirikan pagar penghadang bagi ‘menutup’ aktiviti yang berlaku di dalamnya.

Sehingga kini, pagar yang didirikan walaupun sudah banyak kali diruntuhkan oleh gerakan-gerakan aktivis yang mahu menghalang pengeksploitasian wanita tetap didirikan semula dan larangan untuk wanita masuk berjaya dikekalkan.

Jadi bagi golongan wanita yang ingin melancong ke destinasi di atas, sebaiknya elakkan demi menjaga adat dan tradisi negara mereka sendiri.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
destinasi menarikGunung OmineKuil Shabarimalalarangan wanitaLorong HerbertstrassePergunungan AthosPulau Okinoshimatempat menarik
https://lomp.at/8ld8w
Share72Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem