Carlo Acutis adalah seorang remaja Katolik yang dilahirkan pada 3 Mei 1991 dan meninggal dunia diusia muda iaitu pada umur 15 tahun akibat penyakit leukemia pada tahun 2006. 14 tahun selepas kematiannya, Carlo Acutis adalah milenium pertama yang diberi gelaran Beato (Diberkati) oleh Paus Franciscus kerana telah mendedikasikan seluruh kehidupannya untuk gereja dan agama iaitu pada 10 Oktober 2020.
Remaja ini secara tiba-tiba sahaja telah menjadi perbualan hangat dan perhatian orang ramai. Siapakah Carlo Acutis ini? Mari kita huraikan satu persatu tentang dirinya.
Generasi Pertama Yang Mendapat Gelaran Beato (Diberkati)
Petikan dari Walks of Italy, Beato adalah gelaran dari gereja Katolik yang menganggap bahawa orang itu berada di syurga dan dapat meminta doa bagi pihaknya. Carlo Acutis adalah generasi muda yang pertama yang dianugerahkan dengan gelaran tersebut. Ini adalah kerana dia dikenali sebagai orang yang alim sehingga kematiannya dijemput pada usia 15 tahun.
Keputusan Vatikan untuk memberikan gelaran Beato kepada Carlo Acutis bukan tanpa sebab. Sepanjang hayatnya, dia sangat kasih dan taat pada suruhan Tuhan, bahkan membuatkan ibunya yang sebelum itu tidak taat terus bertaubat dan turut taat pada suruhan Tuhan. Antonia Salzano, menggelarkan anaknya itu sebagai ‘Influencer Tuhan’.
“Carlo dapat menggunakan media sosial terutama internet sebagai ‘God Influencer'”, kata Salzano kepada EWTN seperti yang dipetik dari Katoliknews pada Isnin, 12 Oktober 2020.
Peribadi Yang Baik
Carlo Acutis dilahirkan di London pada 3 Mei 1991. Dia adalah buah hati kepada pasangan Andrea Acutis dan Antonia Salzano. Tidak lama kemudian, keluarganya berpindah ke Milan pada bulan September 1991.
Carlo sejak kecil lagi sudah menunjukkan ciri kanak-kanak yang soleh. Carlo sering mengunjungi gereja dan membuat pengakuan dosa seminggu sekali. Pada masa itu, Carlo yang baru berusia 7 tahun telahpun menerima komuni suci dengan izin yang khusus. Ini kerana, pada usia kanak-kanak katolik yang terlalu muda tidak diizinkan menerima komuni suci kerana dianggap mereka masih tidak memahami apa-apa.
Tidak hanya itu, Carlo juga bersimpati dengan rakan-rakannya yang ibu bapa mereka telah bercerai. Dia juga sentiasa mempertahankan hak orang-orang kurang upaya dan menghadapi pembuli yang selalu mengejek golongan ini.
Genius Komputer
Tidak hanya terkenal sebagai kanak-kanak yang beriman, Carlo Acutis juga pandai menggunakan aplikasi komputer. Seperti remaja masa kini, dia juga suka bermain ‘game’. Ketika berusia 11 tahun, Carlo Acutis membuat laman web untuk pameran dalam talian mengenai keajaiban Ekaristi dan penampakan Maria. Kini lama web tersebut telah menjadi tontonan di seluruh dunia.
Setelah setahun membuat laman web ini, Carlo Acutis didiagnos menderita penyakit leukemia. Namun penyakitnya sama sekali tidak membuatkan carlo berputus asa dan menyerah. Dia terus menumpukan sepanjang hidupnya untuk agamanya.
“Saya mendedikasikan semua penderitaan dan penyakit saya ini hanya untuk Tuhan, Paus dan Gereja”. Katanya kepada Catholic News Agency.
Tindakan Carlo Acutis dalam menyebarkan agama Katolik di internet juga telah menggerakkan Paus Franciscus untuk memberinya gelaran itu.
Diam-Diam Bersedekah
Kebaikan Carlo tidak hanya terhenti di situ. Selama hidupnya, dia secara diam-diam menyimpan dan membeli sleeping bag untuk para gelandangan dan pada waktu petang pula, Carlo Acutis akan bawa mereka untuk dapatkan minuman panas.
Kebaikan Carlo hanya terungkap ketika dia meninggal pada 12 Oktober 2006 akibat leukemia. Semasa pengebumiannya, gereja itu dipenuhi oleh fakir miskin yang secara rahsia telah dibantu oleh Carlo Acutis.
“Ketika dia meninggal, di pemakaman gereja itu dipenuhi dengan orang miskin. Semua orang tertanya-tanya apa yang mereka lakukan di situ. Dari situlah, barulah mereka memberitahu bahawa Carlo selalu menolong mereka secara sembunyi-sembunyi. Dia juga diam-diam memberikan tempat tidur dan makanan. Itulah sebabnya mereka ingin menghadiri pengebumiannya”. kata ibu Carlo Acutis.
Jasad Carlo Acutis Dipamerkan
Setelah Carlo Acutis meninggal pada tahun 2006, ada panggilan dari pelbagai kalangan untuk memberinya gelaran Beato. Pada tahun 2013, Carlo Acutis dinobatkan sebagai Hamba Tuhan sebagai tahap pertama dalam perjalanan kesucian. Pada 10 Oktober 2020 atau setelah 14 tahun pemergiannya, barulah Carlo dinobatkan gelaran tersebut oleh Paus Franciscus.
Untuk mengenangkannya, jenazah Carlo Acutis akan dipamerkan sehingga 17 Oktober 2020. Mayat Carlo Acutis digali dari tanah perkuburan di Santa Maria Maggiore, Assisi, Italy, dan jasadnya masih dalam kedaan baik.
Carlo Acutis berbaring di dalam keranda kaca dan mengenakan pakaian kasual masa kini, seluar jeans dan kasut berjenama terkenal yang biasa dipakai semasa hayatnya. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.
Mereka boleh berbaris dan berdoa di hadapan Carlo Acutis yang diletakkan di Assisi’s Sanctuary of the Spoliation di St. Mary Mejar.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.