• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Perlukan Permit Pergerakan Semasa PKPB? Inilah Hal Yang Perlu Anda Lakukan

by Zaidin Albert
October 14, 2020
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Dengan pelaksanaan PKPB, sesiapa sahaja yang mahu melakukan perjalanan antara negeri atau luar bandar untuk tujuan kecemasan perlu mendapatkan izin daripada PDRM.

Di Facebook, PDRM telah mengambil langkah untuk menerangkan siapa yang perlu mendapatkan izin. Ia terdiri daripada empat kategori pemohon yang perlu mengisi borang dan pergi ke balai polis terdekat untuk mengesahkannya.

1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan (sakit dan kematian) sahaja,
2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan,
3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan, dan
4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Untuk menjadikan perkara lebih jelas, mereka telah berkongsi beberapa contoh bagi menjelaskan situasi tertentu.

SITUASI BAGI KATEGORI 2: Individu dari negeri Johor yang hendak menuju ke negeri Pulau Pinang dan terpaksa merentasi negeri Selangor atas sebab kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Johor sebelum membuat pergerakan.
SITUASI BAGI KATEGORI 3: Individu dari negeri Melaka yang hendak memasuki Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana berlaku kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Melaka sebelum membuat pergerakan.
Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.

Borang yang dinyatakan di atas boleh dimuat turun di sini. Anda juga boleh mendapatkannya di balai polis berhampiran.

Kepada individu yang perlu melintasi daerah atau negeri untuk bekerja perlu mempunyai pas kerja yang sah atau surat kebenaran dari majikannya. Bagi pekerja di daerah yang sama, tidak ada dokumen yang disebutkan di atas diperlukan.

permit pergerakanPKPB
https://lomp.at/d4oa9
Share12Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Malaysia

“Tak Habis Lagi Ke?”- Warganet Hilang Sabar Dengan Respon ‘Ustazah Viral’ Kepada UAI

by Rory Kim
November 11, 2022

Belum sempat reda isu bersalaman dengan artis, timbul isu baru yang mana 'ustazah viral' ini membidas Ustaz Azhar Idrus atau...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

10 Yang Menarik Dalam Lost World Of Tambun Wajib Anda Terokai!

by Khai Azfar
December 11, 2018

Bukan sekadar taman tema biasa! Itulah yang kami boleh ungkapkan mengenai Sunway Lost World Of Tambun yang terletak Ipoh, Perak....

Read moreDetails
Foto - The Star / Mingguan Malaysia
Malaysia

Kes Pembunuhan Kejam Paling Diingati Di Malaysia, No.3 Paling Ngeri Sekali!

by Soph Azz
July 16, 2021

Sumpah meremang bulu roma bila baca semula kes-kes pembunuhan kejam yang pernah berlaku di Malaysia. Ada yang dibunuh, dibakar, dikerat...

Read moreDetails
via Ai-Generated
LifeXplore

Keindahan Seni Bina Islam: 5 Masjid Ikonik di Malaysia

by Farah Fatihah
December 28, 2025

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya dan alam semula jadi yang memukau, malah turut memiliki deretan masjid yang indah...

Read moreDetails
via Flickr
LifeXplore

Bukan Sekadar Laut Biru, Ini Pilhan Makanan Terengganu Paling Sedap Dinikmati Di Pantai

by Iffah Najwa
January 1, 2026

Keindahan pantai di Terengganu sememanya sudah perlu dipertikaikan. Dari pasir putih hingga angin laut yang mendamaikan, negeri ini menawarkan pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore