Hrithik Roshan dituduh memiliki perempuan simpanan muda dan menipu bekas isterinya, Sussanne Khan. Ini dinyatakan oleh Kangana Ranaut, yang pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Hrithik.

Seperti diketahui bahawa perselisihan Hrithik dan Kangana sering dihebohkan kepada media. Kangana, memang dikenali sebagai selebriti yangt berani bersuara dan kali ini sekali lagi dia membongkarkan perangai buruk Hrithik.

Kangana Ranaut dan Hrithik Roshan

Hrithik Roshan dilaporkan menipu atau curang dengan Kangana Ranaut ketika dia masih suami Sussanne Khan.

Hrithik Roshan dan Sussanne Khan

Kangana mengatakan bahawa Hrithik menjadikan gadis-gadis muda sebagai kekasihnya walaupun dia sudah berkahwin. Dalam wawancara dengan Zee News, dia menyebut bahawa orang  seharusnya jangan bekerja sama dengan Hrithik.

“Orang yang menjadikan isterinya sebagai piala dan menjadikan gadis muda sebagai kekasihnya juga harus dihukum. Saya merujuk kepada Hrithik Roshan. Orang juga tidak boleh bekerja dengannya, “kata Kangana seperti dilaporkan dari Odisha Bytes.

Kangana telah membuat tuduhan ini terhadap Hrithik semasa gerakan MeToo, ketika beberapa selebriti termasuk Vikas Bahl didakwa mengeksploitasi wanita secara seksual.

IKLAN

“Apa sahaja yang didakwa mengenai Vikas Bahl memang betul. Industri kami masih mempunyai ramai orang yang tidak berkelakuan baik dengan wanita. Mereka menyerang wanita, mereka melecehkan wanita, mereka juga harus dihukum, ”kata aktris itu, ketika ditanya tentang Vikas.

Sehingga hari ini, Kangana mendakwa bahawa Hrithik main kayu tiga di belakang Sussanne Khan. Namun, Hrithik tidak pernah mengakui hubungannya dengan Kangana hingga kini.