Apabila mengalami masalah sakit kepala, kadangkala terasa buntu harus menggunakan apa lagi untuk merawatnya tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan. Anda boleh menggunakan essential oil untuk merawat sakit kepala. Essential oil mempunyai pelbagai manfaat di samping tidak memberikan sebarang kesan sampingan ke atas individi. Di sini Murai My shortlist 5 essential oil yang dapat membantu untuk merawat sakit kepala. Stay tune guys!
Minyak Lavender
Minyak Lavender adalah essential oil yang dapat merawat sakit kepala. Minyak Lavender kebiasaannya digunakan untuk menghilangkan tekanan, membantu untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, gelisah, dan depresi. Bukan itu sahaja, Minyak Lavender juga mampu merawat sakit kepala dan migrain. Satu kajian melaporkan bahawa menghidu aroma minyak lavender dapat membantu meringankan sakit kepala dan migrain.
Minyak Rosemary
Minyak Rosemary adalah sejenis essential oil yang dapat membantu merawat sakit kepala. Minyak Rosemary mempunyai sifat anti-radang dan penghilang rasa sakit. Minyak Rosemary secara tradisional digunakan untuk merawat sakit kepala, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan tekanan. Minyak Rosemary juga membantu mengurangkan insomnia, dan merehatkan otot, yang dapat membantu merawat sakit kepala.
Minyak Pudina
Minyak Pudina adalah antara essential oil yang yang dapat membantu untuk merawat sakit kepala. Daun pudina sendiri menyimpan banyak manfaat kesihatan sama ada dalam versi daun segar, supplemen herba, atau essential oil. Minyak pudina mempunyai menthol, yang dapat membantu menenangkan otot dan mengurangkan kesakitan. Terdapat kajian yang melaporkan bahawa menthol juga boleh merawat migrain ketika disapukan di kepala sebagai gel.
Minyak Chamomile
Bunga chamomile merupakan tumbuhan yang telah digunakan sebagai ramuan dalam perubatan herba sejak zaman kuno. Jadi tidak hairanlah bunga ini dijadikan essential oil yang berkesan untuk merawat sakit kepala. Minyak chamomile mengandungi pelbagai bahan seperti alpha pinenne, beta pinene, farsenon dan sebagainya yang dapat membantu untuk merawat sakit kepala.
Minyak Frankincese
Salah satu punca yang menyebabkan sakit kepala adalah disebabkan tekanan. Minyak frankincese mempunyai aroma yang berupaya untuk menghilangkan rasa cemas supaya menjadi lebih tenang dan dapat memperlahankan degupan jantung yang terlalu laju. Aroma frankincese juga boleh memberi kesan yang menenangkan pada tubuh sehingga dapat menghilangkan tekanan dan emosi negatif.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.