Biji Ketumbar adalah salah satu rempah yang wajib ada di setiap dapur. Biji Ketumbar selalu digunakan dalam masakan seperti kari, masala, dan lain-lain lagi. Tahukah anda bahawa ketumbar mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan anda? Di sini Murai My shortlist 4 manfaat biji ketumbar untuk kesihatan anda. Stay tune guys!
Bagus Untuk Kesihatan Kulit
Biji Ketumbar berkesan untuk menyembuhkan masalah kulit seperti kulit gatal, ekzema, radang dan ruam kerana ia mempunyai sifat antiseptik. Ia juga digunakan untuk menyembuhkan luka pada mulut dal ulcer. Biji ketumbar mempunyai asid linoleic yang bersifat boleh menghilangkan rasa sakit dan membantu mengurangkan iritasi.
Mencegah Jangkitan Dalam Saluran Kencing
Biji ketumbar membantu dalam melegakan gejala jangkitan dalam saluran kencing. anda hanya perlu rendam 1.5 sudu teh biji ketumbar semalaman ke dalam 2 cawan air, tapis dan terus minum atau tambahkan ke dalam smoothie. Ia dapat memberikan kelegaan dari ketidakselesaan dan sakit berkaitan jangkitan dalam saluran kencing dan turut membantu mempercepat proses penyembuhan.
Rawat Selsema
Vitamin C adalah antioksidan yang penting untuk kulit yang cantik dan badan yang sihat. Biji ketumbar mengandungi vitamin penting seperti beta carotene, vitamin A, asid folik, dan vitamin C. Biji ketumbar mempunyai sekitar 30 peratus vitamin C yang membantu untuk melegakan selsema.
Mencegah Ketidakteraturan Haid
Biji ketumbar menyokong kesihatan haid dengan fungsi kelenjar endokrin yang betul dan hormon yang mengatur kitaran haid. Biji ketumbar juga membantu mengurangkan kekejangan, kembung, dan sakit ketika haid. Wanita yang mengalami aliran haid yang banyak boleh menambahkan biji ketumbar dalam diet mereka kerana ianya mengandungi perangsang semula jadi yang membantu merangsang kelenjar endokrin untuk merembes dan mengekalkan keseimbangan hormon.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.