Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

5 Artis K-Pop Yang Buat Perangai, Dari Yang Rasis Hingga Suka Maki Hamun Orang

by Naddy Joe
October 23, 2020
83
KONGSIAN
Share on Facebook

Apabila kita melihat artis K-Pop, semuanya kelihatan sangat sempurna. Berperwatakan menarik di hadapan kamera, kelihatan sopan dan ayu. Tetapi di sebalik kamera, tersimpan pelbagai kisah antaranya melakukan tingkah laku buruk sehingga menerima kecaman peminat. Adakah artis K-Pop kesukaan anda turut tersenarai? Scroll sampai habis okay!

Amber f(x)

Ahli kumpulan f(x) in sudah beberapa kali diseret dalam kontroversi disebabkan tingkahlaku buruknya. Walaupun kerap melakukan permohonan maaf disebabkan tingkahlakunya itu, bekas artis di bawah naungan SM Entertainment ini masih mengulangi kesalahan yang sama. Amber pernah dikecam kerana pernyataannya yang bersifat rasis.  Amber telah meluahkan pendapatnya mengenai sebuah video yang menunjukkan polis berkulit putih telah menangkap lelaki berkulit hitam kerana memakan sandwic di keretapi bawah tanah.

“Saya rasa dia layak mendapat hukuman seperti itu” – Komen Amber

Komen Amber mendapat kecaman netizen kerana tidak memahami isu perkauman dan keganasan polis berkulit putih terhadap orang berkulit hitam di Amerika Syarikat. Akhirnya Amber melakukan permohonan maaf disebabkan komennya yang bersifat rasis itu. Tetapi, netizen masih menganggap permintaan maafnya itu tidak ikhlas.

Hongbin VIXX

Pada Ogos 2020 yang lepas, Hongbin memutuskan untuk keluar dari kumpulan yang pernah menaikkan namanya iaitu VIXX. Hongbin pernah melakukan kesilapan kerana ‘menghina’ boyband dan girlband lain seperti EXO, SHINee, INFINITE, Red Velvet, dan ONF melalui live stream. Beliau di bawah pengaruh alkohol sewaktu melakukan hal yang memalukan itu.

Setelah melakukan permohonan maaf, Hongbin kembali melakukan kesilapan yang sama. Bicaranya yang berbentuk sarkastik dalam setiap siaran langsung membuatkan para peminat berasa kurang selesa dan bertindak mengecam Hongbin. Turut merasa bersalah, ahli kumpulan VIXX yang lain iaitu Leo dan Ravi meminta maaf  di atas tingkahlaku Hongbin melalui laman Instagram mereka.

Jae DAY6

Jae DAY6 sudah beberapa kali dikritik oleh peminatnya sendiri disebabkan tingkahlakunya di laman Twitter. Jae DAY6 pernah menyinggung perasaan penghidap penyakit neurodiversity, iaitu perbezaan yang melibatkan saraf dan spektrum autisme. Jae DAY6 membuat komen berbentuk sarkastik dengan mengatakan bahawa beliau adalah penghidap neurodivergent ditambah dengan tweet kata-kata yang tidak sesuai. Jae DAY6 yang pada awalnya berdiam diri dan tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukan itu akhirnya melakukan permohonan maaf disebabkan tingkahlaku beliau.

Sorn CLC 

Sorn CLC pernah menerima kecaman disebabkan posting beliau yang bersifat rasis. Dalam satu posting di IG Story, artis di bawah naungan Cube Entertainment ini memuat naik foto beliau bersama tiga rakan yang lain, dan selah seorang daripada mereka memakai topeng berwajah kulit hitam.

Beliau ditegur oleh peminat untuk segera memadam posting tersebut. Sorn bertindak membantah teguran peminat beliau dengan menganggap peminat tidak boleh bergurau langsung. Walaubagaimanapun,  Sorn CLC membuat permohonan maaf disebabkan tindakan beliau.

Irene Red Velvet

Irene Red Velvet juga turut tidak terlepas daripada melakukan tingkahlaku yang memalukan. Seorang editor bernama Kang Kook Hwa menyatakan bahawa seorang artis K-pop pernah menyerangnya secara lisan dan melontarkan perkataan kasar terhadapnya. Disebabkan insiden ini, Kang Kook Hwa merasa maruahnya bagai dipijak. Tidak lama kemudian, Irene Red Velvet mengakui kesalahannya dan melakukan permohonan maaf melalui satu posting dia laman Instagram beliau.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/ootna
Share35Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem