Tablet kini menjadi gajet yang semakin digemari oleh orang ramai. Hal ini kerana tablet mempunyai pelbagai fungsi yang lebih besar dari smartphone tetapi saiznya lebih kecil berbanding notebook. Walaupun pelbagai jenis tablet mula memasuki pasaran, anda masih tertanya-tanya bagaimana mahu membelinya. Anda mahukan tablet android yang murah tetapi kualiti seperti yang mahal? Ini 6 tips yang anda harus tahu sebelum membelinya. Stay tune guys!

1Spesifikasi 

Hal pertama yang harus dipertimbangkan adalah soal spesifikasi yang diinginkan dalam tablet tersebut. Spesifikasi yang dimaksudkan adalah processor (CPU) yang digunakan dalam sesebuah tablet kerana setiap processor yang digunakan dalam tablet adalah berbeza. Semakin tinggi processor yang digunakan, tablet tersebut dapat melakukan kerja-kerja berat seperti merakam video HD, video game yang menggunakan processor tinggi, dan lain-lain lagi.

IKLAN

2Paparan Skrin

Faktor ini juga memainkan peranan penting dalam memilih tablet. Antara faktor yang harus dipertimbangkan adalah saiz, resolusi, viewing angle, kecerahan, dan coating. Saiz akan menentukan seberapa besar tablet, dan resolusi akan menentukan seberapa mudah atau sukarnya anda untuk membaca teks pada tablet tersebut. Kecerahan skrin juga harus dipertimbangkan jika anda sering membawanya keluar kerana skrin yang lebih terang akan mudah dilihat apabila terdapat banyak silau. Coating juga amat penting untuk memastikan skrin tidak calar dan mudah untuk dibersihkan.

3Sambungan Rangkaian

Oleh kerana tablet adalah peranti mudah alih, maka kemampuan untuk menghubungkan ke Internet adalah sangat penting . Terdapat dua jenis sambungan yang terdapat dalam tablet iaitu Wi-Fi dan Cellular atau tanpa wayar (wireless). Apa yang penting di sini ialah bentuk Wi-Fi mana yang disokong oleh tablet. Mana-mana tablet seharusnya menyokong 802.11n. Pilihan terbaik adalah menyokong radio bands 2.4GHZ dan 5GHz. Cellular adalah sedikit rumit kerana harus mempertimbangkan carriers, coverage, contract, dan sama ada ia sesuai dengan rangkaian 3G,4G atau 5G. Yang penting adalah sambungan Bluetooth yang dapat digunakan secara peer-to-peer antara tablet atau untuk peripherals, seperti papan kekunci.

4Ruang Simpanan

Walaupun kebanyakan orang tidak akan meletakkan sebanyak mungkin data pada tablet seperti yang ada pada komputer riba, jumlah ruang simpanan pada tablet masih merupakan ciri utama yang harus dipertimbangkan. Kebanyakan tablet dilengkapi dengan ruang antara 8GB dan 64GB yang sangat kecil berbanding komputer riba. Bagi mereka yang hanya melayari laman web, video streaming, dan membaca buku, ruang penyimpanan yang diperlukan tidaklah terlalu tinggi. Tetapi jika and menyimpan filem atau games yang berdefinisi tinggi, perlu mendapatkan ruang penyimpanan yang lebih tinggi.

Jangka Hayat Bateri

Jangka hayat bateri juga menjadi perincian penting dalam memilih tablet. Terdapat dua kaedah standar untuk mengukur jangka hayat bateri. Antaranya adalah melalui web browsing yang konsisten sementara yang lain berdasarkan pada menonton video. Menonton video cenderung untuk untuk menarik lebih banyak kuasa. Dan sudah tentu  jika anda melakukan banyak tugasan yang berat atau bermain permainan, jangka hayat bateri jauh lebih pendek daripada yang diiklankan. Running time yang baik adalah sekurang-kurangnya lapan jam web browsing atau video playback.