Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Senarai Gereja Di Dunia Yang Dahulunya Merupakan Masjid

by Aphit J.
October 25, 2020
via Booking.com

via Booking.com

63
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah anda melihat masjid bertuka gereja? Ini merupakan 5 senarai di mana pada dahulunya adalah sebuah masjid tetapi telah ditukarkan menjadi gereja disebabkan beberapa perkara menurut Wikipedia.

Masjid Mertola, Portugis

via Wikipedia

Di Portugis, terdapat sebuah gereja yang dinamakan Igreja Nossa Senhora da Anunciação. Gereja ini dulunya merupakan sebuah masjid yang dibina sekitar abad ke 12, dikenali dengan nama Masjid Mertola dan bertukar menjadi gereja pada abad ke 13.

Masjid Istana (Sarayli), Greece

via Booking.com

Masjid Sarayli dibina semasa era kerajaan Uthmaniyah satu masa dulu. Kini bekas masjid ini digelarkan sebagai The Church of Profitis Elias yang juga merupakan salah satu tapak warisan dunia, di bawah UNESCO. Masjid ini dinamakan sebagai Sarayli Camii, yang bermakna ‘Masjid Istana’ dalam bahasa Greek.

Masjid Hitam, Bulgaria

via Wikimedia

Koca Mehmed Pasha Mosque (Masjid Hitam) dibina pada tahun 1528 oleh Raja Sulaiman semasa era pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Bangunan masjid itu ditinggalkan selepas berlakunya revolusi di Bulgaria pada penghujung abad ke 19. Berikutan kosong, masjid itu mula digunakan sebagai gudang simpanan senjata dan penjara.

Seorang arkitek Russia mencadangkan agar masjid tersebut ditukarkan menjadi sebuah gereja Kristian pada tahun 1901 dan diberi nama Sveti Sedmochislenitsi Church of Sofia, Bulgaria.

Masjid-Gereja Cordoba, Sepanyol

via Wikipedia

Cathedral of Our Lady of the Assumption adalah bangunan bekas Masjid Besar Cordoba yang dibina semasa kerajaan Islam menguasai Sepanyol sekitar penghujung abad ke 8 oleh Abdul Rahman I. Selepas kejatuhan kerajaan Islam, Masjid Besar Cordoba jatuh ke tangan orang Kristian yang menukarkannya menjadi gereja sehingga ke hari ini.

Masjid Merah (Al-Ahmar), Palestin

via Middle East Monitor

Dibina pada abad ke 13, Masjid Al-Ahmar atau ‘Masjid Merah’ yang terletak di Safad tidak bertukar menjadi gerjea, tetapi telah ditukarkan menjadi sebuah kelab malam. Selepas peristiwa penghijrahan masyarakat Yahudi beramai-ramai ke Palestin, majlis perbandaran Safad membenarkan pembukaan kelab malam di situ dan dibuka untuk kunjungan warga Israel sejak bulan April 2019.

Berikut adalah senarai masjid yang ditukarkan kepada gereja pada zaman dahulu. Anda boleh melihat senarai yang lain di laman Wikipedia.

idea kembaramasjid bertukar gereja
https://lomp.at/japcg
Share30Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem