Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

ABPBH 33 Perkenal Anugerah Khas Buat Kelab Peminat Artis

by Khai Azfar
October 26, 2020
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-33 bakal diadakan dalam norma baharu yang mana menariknya lagi akan menjalinkan kerjasama dengan aplikasi TikTok.

Anugerah Buat Peminat

Bukan itu sahaja, buat julung kalinya dalam edisi kali ini akan turut memperkenalkan kategori khas untuk menghargai kelab peminat menerusi laman aplikasi TikTok. Video kelab peminat yang meraih undian tertinggi akan dinobatkan Anugerah FC #FANstatik Popular.

24 Kelab Peminat Bertanding 

Sebanyak 24 kelab peminat atau ‘FC’ yang sebahagian besarnya mewakili artis bertanding dalam pelbagai kategori pada ABPBH 33 serta aktif menjayakan kempen ABPBH sejak beberapa tahun lalu, mengambil bahagian dalam anugerah ini. Bagi memeriahkan lagi penganjuran ABPBH 33, peminat juga boleh berkongsi video TikTok paling kreatif menggunakan lagu Xiaomi, ‘Xiaomi For Me’ yang dinyanyikan oleh artis Yonnyboii dan Shalma Eliana bersama gaya tarian yang ditetapkan dengan hashtag #ABPBHKITA2020.

YouTube video

Video paling kreatif dengan tontonan paling tinggi berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dari Xiaomi.Tarikh penyertaan dan undian boleh dilakukan di laman aplikasi TikTok bermula 21 Oktober lalu sehingga 8 November ini.

Anugerah Pertama Disiarkan Di TikTok

Sejarah bakal tercipta buat ABPBH 33 pada tahun ini kerana acara ini merupakan program anugerah berprestij yang pertama di Malaysia yang akan disiarkan secara langsung menerusilaman aplikasi TikTok pada hari Jumaat, 13 November 2020. Mempertandingkan 13 kategori utama dan lima kategori ‘online’, pemilihan artis popular masih lagi terbuka sehingga 8 November ini menerusi laman www.abpbh.com.my.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
abpbh33
https://lomp.at/d1shn
Share9Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem