Ramai orang yang gemar berdiet terutama sekali kaum wanita bagi menjaga penampilan diri dan untuk kelihatan kekal langsing. Tapi berdiet biarlah dengan cara yang betul. Jangan abaikan jadual pengambilan makanan anda dalam usaha untuk langsing dan menurunkan berat badan.
Disini kami akan senaraikan beberapa cara pemakanan yang sihat untuk mengekalkan berat badan yang ideal disamping dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik. Jom kita tengok caranya.
Mengambil Bijirin Sebelum Tidur
Mengambil snek karbohidrat lemak dan sedikit kalori 30 minit sebelum tidur akan membantu anda untuk lebih mudah tidur. Begitulah menurut Judith Wurtman, PhD dari Massachusettes Institute of Technology. Ini kerana bijirin merupakan sumber yang terbaik untuk memenuhi keperluan serat anda.
Pencuci Mulut
Pengambilan pencuci mulut seperti biskut dan aiskrim rendah lemak sangat baik dan ini akan memberikan signal pada otak anda bahawa makanan utama anda sudah selesai. Jadi, secara automatik anda akan berasa puas makan dengan hidangan sebelumnya. Kesannya anda tidak akan lagi tercari-cari makanan di dapur sepanjang malam untuk memenuhi keperluan gula di dalam badan anda.
Lebihkan Buah Berwarna Merah
Khasiat lycopene banyak terdapat di dalam buah-buahan atau sayur-sayuran yang berwarna merah. Ia amat berguna dan dapat membantu melawan sel kanser. Itulah sebabnya mengapa makanan yang berwarna merah itu baik untuk tubuh badan. Anda boleh memilih buah-buahan seperti tembikai, jambu air, epal dan sebagainya.
Buang Minyak Dan Lemak Dari Daging
Mudah sahaja untuk anda membuang lemak dari daging. Sebaik sahaja anda siap memanggang daging, letakkan di atas pinggan yang sudah dialas dengan tisu nipis. Kemudian letakkan tisu lain di bahagian atas dan tekap lebihan minyak yang terkeluar. Jika anda mahu membuang lebih banyak minyak lagi, letakkan daging di dalam penapis dan bilas dengan air panas (bukan air mendidih). Air panas ini akan menyingkirkan lebihan lemak dan kolesterol dalam daging. Bahkan, ia juga dapat membuang 50 peratus kandungan lemak yang ada pada daging.
Jangan Buang Kulit Pada Buah
Kebanyakan dari kita akan kupas kulit buah atau sayur seperti epal, pir, timun, kentang dan sebagainya dan buang. Sedarkah anda bahawa tindakan anda itu sebenarnya sudah membuang segala khasiat dan serat baik untuk tubuh. Khasiat yang terdapat pada buah dan sayur ini kebanyakkannya terkandung pada kulit berbanding isinya.
Jadi, selepas ini jadikanlah rutin baru untuk tidak lagi mengupas dan membuang kulit dari buah dan sayur. Makanlah buah atau sayur dengan kulitnya sekali bagi mendapatkan segala kebaikan untuk tubuh badan.
Untuk buah oren pula, jangan buang urat-urat putih di sekeliling isinya sebaik sahaja anda mengupas kulitnya. Ini kerana, urat-urat putih inilah terletaknya serat yang baik yang diperlukan tubuh dan ia juga kaya dengan falavanoid.
Pengambilan Snek
Kekosongan waktu diantara waktu makan tengahari dan makan malam sebenarnya perlu diisi dengan pengambilan snek yang betul. Maksud untuk snek di sini bukanlah makanan ringan yang tidak berzat sebaliknya adalah snek yang sihat yang dapat membantu tubuh badan membakar tenaga dengan betul dan pengambilan snek yang diambil secara teratur juga dapat mengelakkan anda daripada sentiasa merasa lapar.
Jika snek tidak diambil pada waktu pertengahan, ia akan meransang anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu malam. Sebaiknya anda dinasihatkan agar mengelakkan makanan seperti gula-gula dan coklat sebaliknya ambil makanan seperti yogurt, epal, biskut, keju ataupun telur setengah masak amat digalakkan kerana makanan seperti ini dapat memebekalkan tenaga yang lebih lama pada tubuh.
Makan Brokoli
Setiap kali anda makan brokoli, cuba letakkan sedikit minyak zaitun, marjerin dan sos keju di dalamnya. Inilah sebenarnya makanan yang sering disarankan oleh pakar pemakanan. Brokoli sangat kaya dengan sumber karoten yang boleh membantu melarutkan lemak dalam badan. Ia akan membawa molekul lemak melalui dinding intestinal.
Jadi selepas ini bolehlah amalkan kerap makan brokoli. Ia bukan sahaja sedap dan berkhasiat tetapi juga baik untuk menjaga kelangsingan.
Senang bukan untuk menjaga pemakanan yang sihat? Untuk kekal langsing, anda jangan pula lupa untuk mengamalkan senaman ringan selain dari amalan pemakanan yang teratur dan berkhasiat. Gaya hidup sihat adalah jaminan untuk tubuh badan kekal sihat dan lebih langsing.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.