Thailand telah mengadakan demonstrasi selama lebih daripada tiga bulan. Demonstrasi ini dilakukan bagi mendesak Perdana Menteri Thailand iaitu Prayuth Chan-ocha untuk mengundurkan diri dari kedudukannya dan meminta pembatasan kuasa Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.
Raja Vajiralongkorn telah berkhidmat sejak 2016 bagi menggantikan ayahnya, Raja Bhumibol Adulyadej yang telah meninggal dunia. Tetapi sayangnya, sepanjang Raja Vajiralongkorn memimpin, rakyat Thailand merasa begitu terseksa kerana semua akses telah terbatas.
Mereka bahkan seperti “dikurung” dan tidak dapat menyampaikan pendapat mereka, mereka juga sama sekali tidak dapat mengkritik pemerintah. Kerana sesiapa sahaja yang berani menentang raja, ratu atau keturunan keluarga kerajaan Thailand termasuk binatang peliharaan mereka akan dipenjarakan selama 15 tahun.
Sering melakukan perkara yang pelik dan memalukan
Namun sebelum menjadi raja, Maha Vajiralongkorn sudah sering melakukan perkara yang pelik dan memalukan. Maka tidak hairanlah kebanyakan orang tidak langsung bersimpati dan tidak menghormatinya. Salah satu tingkah laku peliknya ialah suka berpakaian aneh sewaktu bercuti dan terlalu obses dengan anjing peliharaannya dan suka membuat peraturan yang pelik kepada semua anggota kerajaan dan pemerintah.
Kelakuan aneh ini jugalah yang mebuatkan Maha Vajiralongkorn menjadi perbualan hangat di dunia antarabangsa. Dia bahkan digelar oleh mereka sebagai “Putera Bling Bling” dan “Bullying Playboy”.
Apakah kelakuan aneh dan keterlaluan yang dilakukan oleh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn ini? Berikut adalah senarai yang dipetik dari pelbagai sumber.
Suka Memakai Pakaian Crop Top Dan Tatu Palsu Ketika Bercuti
Maha Vajiralongkorn pernah ditangkap ketika bercuti di pesawat peribadinya. Pada ketika itu, dia telah menarik perhatian kerana hanya mengenakan pakaian di bahagian atas yang kelihatan seperti bra sukan, seluar jeans hipster dan juga dengan tatu palsu di lengan dan belakangnya.
Dalam foto yang telah tersebar, raja pada waktu itu sedang bercuti dengan seorang wanita dan juga anjing kesayangannya. Pada waktu itu, raja sedang menaiki pesawat peribadinya sambil memberi penghormatan kepada pengawal kerajaan.
Obses Dengan Anjing Peliharaannya
Raja Vajiralongkorn begitu obses dengan anjing peliharaannya iaitu anjing pudel yang bernama Foo Foo yang telah dipeliharanya sejak tahun 2007. Dikatakan Foo Foo akan selalu dibawa bersama ke pelbagai majlis makan malam negara dengan memakai pakaian rasmi Angkatan Udara Kerajaan Thailand.
Dalam sebuah dokumen yang didakwa oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, salah seorang petinggi mengatakan bahawa anjing Raja Vajiralongkorn pernah membuat kekacauan. Dia melompat ke atas meja makan dari seorang tetamu ke tetamu yang lain dan juga telah menumpahkan air di meja tetamu.
Raja juga tidak teragak-agak untuk mengadakan pesta ulang tahun yang mewah untuk Foo Foo pada tahun 2009. Dalam foto yang tersebar juga kelihatan isteri kedua Vajiralongkorn, Suwardee disuruh merangkak di lantai dengan mengenakan G-String dan memakan makanan anjing dihadapannya. Ini membuatkan Suwardee merasa begitu malu dan melepaskan gelarannya. Malangnya, setelah keputusan itu dibuat, seluruh keluarganya telah dipenjarakan.
Bukan itu sahaja, ketika Foo Foo meninggal pada tahun 2015, Raja Vajiralongkorn telah mengadakan upacara pengebumian selama empat hari empat malam dengan pesta yang sangat mewah.
Membuat Peraturan Yang Tidak Masuk Akal
Raja Maha Vajiralongkorn mempunyai banyak peraturan ketika dia menjadi seorang raja. Salah satunya adalah meminta semua anggota istana untuk berjalan merangkak dan membongkokkan badan dan menghadapnya. Tidak hanya itu, dia juga tidak teragak-agak untuk memerintahkan anggota istana atau pegawai lain untuk mencukur kepala mereka sebagai tanda bahawa Raja Maha Vajiralongkorn tidak menyukainya.
Enggan Membiayai Kehidupan Anak-Anaknya
Setelah menamatkan sekolah ketenteraannya di Australia pada tahun 1977, Vajiralongkorn mengahwini sepupunya sendiri, Soamsawali Kitiyakara. Dari perkahwinan ini, dia dikurniakan dua orang anak perempuan tapi perkahwinan ini berakhir dengan penceraian apabila Vajiralongkorn telah mecurangi isterinya.
Pada masa itu juga, Vajiralongkorn sudahpun mempunyai empat anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil dari perkahwinan dengan salah seorang perempuan simpanannya (gundik) yang dinikahinya pada tahun 1994 iaitu pelakon Yuvadhida Polpraserth. Sayangnya, perkahwinan itu juga terputus dan berakhir dengan penceraian.
Dua tahun kemudian, Yuvadhida terbang ke England bersama empat dari lima orang anaknya. Sejak dari itu, Raja Vajiralongkorn enggan membayar yuran sekolah dan keperluan kehidupan anak-anaknya.
Sesiapa Yang Mengkritik Raja Vajiralongkorn Akan Dipenjarakan
Sejak dulu lagi, Raja Vajiralongkorn terkenal dengan moodnya yang sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang murung, keras kepala, mementingkan diri sendiri dan tidak suka dikritik. Sesiapa sahaja yang berani mengkritik Raja Vajiralongkorn maka dia harus bersedia untuk dipenjarakan.
Ini berlaku pada tahun 2017, seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun kerana telah membuat komen kritikal dalam talian mengenai keluarga Diraja Thailand.
Tidak lama dahulu, seorang pemuda yang hanya memakai tshirt dengan tulisan Anti-Royal Thai telah dihantar ke pusat perubatan psikiatri, sementara yang lain yang juga mengkritik raja telah hilang secara tiba-tiba.
Sebenarnya, Facebook terpaksa menutup satu kumpulan yang mempunyai sejuta ahli dimana mereka telah membincangkan tentang kepimpinan Raja Vajiralongkorn didalam kumpulan tersebut. Namun Facebook mengajukan tuntutan terhadap pemerintah Thailand dengan mengatakan bahawa apa yang telah mereka lakukan adalah bertentangan dengan undang-undang hak asasi manusia.
Sejak Raja Vajiralongkorn memegang takhta pada empat tahun yang lalu, beliau terus mengambil alih kepimpinan dan aset-aset kerajaan bahkan juga pasukan tentera. Beliau juga telah campur tangan dalam proses pemerintahan yang kononnya demokratik dan telah mengubah perlembagaan Thailand bagi membolehkannya memerintah dari luar negeri.
Sebenarnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, PBB meminta Thailand untuk meminda undang-undang Perlembagaan Diraja yang dianggap sangat kejam. Tetapi sayangnya, tidak berjaya.
Jadi, setelah anda membaca senarai yang dinyatakan di atas, anda pasti terkejut bukan dengan tingkah laku Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang pelik dan luar biasa ini? Atau boleh dikatakan sebagai pemerintah yang kejam?
Tepuk dada, tanya selera.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.