Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Berangan Nak Jadi Superhero? Earbuds Dan Headphone Oleh A&S Ini Serius Cool!

by Phic ARMAN
November 6, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Memperkenalkan rangkaian produk kolaborasi antara A&S X DC Comics. A&S, yang merupakan jenama elektronik pengguna tempatan, telah mengumumkan seluruh rangkaian produk elektronik pengguna yang dibuat mendapat kerjasama DC Comics.

Antara produk yang dimaksudkan tersebut adalah edisi A&S True Wireless Earbuds and Case untuk edisi khas Wonder Woman dan Batman.

A&S True Wireless Earbuds and Case

Earbud ini mempunyai kawalan sentuh, pengecasan tanpa wayar, sambungan Bluetooth 5.0, dan penarafan IPX5 untuk ketahanan air dan habuk. Dari segi bateri,  ia dapat bertahan selama 8 jam dengan sekali pengisian, dan dengan cas pengisian, ia dapat menawarkan total waktu pemutaran muzik selama 24 jam. Earbud ini bukan sahaja serasi dengan Android, tetapi juga untuk peranti iOS.

Untuk edisi Wonder Woman, penampilan kotak kelihatan sangat ringkas tetapi ceria warna tema Wonder Woman. Sebahagian kotaknya itu diperbuat daripada plastik lutsinar, di mana anda dapat melihat keseluruhan separuh isinya.

Di bahagian depan kotak adalah logo Wonder Woman dan DC. Di bahagian belakang pula terdapat beberapa spesifikasi. Di dalam kotak, ada kotak pengisian dengan Earbuds dan Case A&S Wonder Woman. Selain itu terdapat buku manual, kad jaminan dan kabel pengisian format Type-C.

Dari segi keselesaan memakai, Earbuds A&S Wonder Woman terletak dengan baik di saluran telinga saya. Ia tidak mudah terjatuh, jadi anda boleh bersukan dengan tenang menggunakannya.

Yang paling penting, Earbud ini mempunyai perlindungan terhadap air dari standard IPX5, oleh itu peluh dan hujan tidak akan merosakkanya.

Bahagian luaran Earbud dilengkapi dengan kawalan sentuh. Ternyata ia kelihatan sangat cool apabila penunjuk operasi LED menyala dengan logo Wonder Woman. Di sini juga anda dapat melihat penunjuk posisi sama ada kanan atau kiri.

Walaubagaimanapun reka bentuk earbudnya agak sama dengan jenama-jenama yang lain, tapi penampilan kotak pengecasan ternyata menarik. Diperbuat daripada plastik keseluruhannya, tertera logo Wonder Woman dan tulisan di kedua-dua sisi kotak.

LED Logo Wonder Woman akan menyala warna kuning semasa semasa ia diletakkan di dalam bekas pengecasan. Penutupnyamendapat sambungan magnetik dan di bahagian belakang cas pengisian terdapat port Type-C untuk pengisian.

Selepas beberapa penggunaan, saya tidak menemui sebarang kegagalan komunikasi dan isyaratnya sentiasa stabil. Tidak ada gangguan semasa menonton video di Youtube, dan bahkan semasa permainan.

Ciri-ciri lain termasuk auto pairing dan cas pengecasan yang dapat digunakan sebagai power bank, berkapasiti 220mAh yang hanya memerlukan satu jam untuk dicas. Anda akan mempunyai masa pemutaran tiga setengah jam dan pemutaran keseluruhan empat belas jam dengan cas pengecasan.

Turut dilancarkan ialah DC Comics bertema A&S Wireless Over-Ear Headphones dan A&S Wireless In-Ear Headphones yang bertemakan Wonder Woman.

A&S Wireless Over-Ear Headphones

A&S Wireless Over-Ear Headphones mempunyai penampilan yang sangat cool dan bergaya dengan bertemakan warna tema Wonder Woman iaitu merah, hitam dan kuning emas. Kabel rata ini tidak mudah rosak walaupun anda menggulungnya sedemikian rupa. Ia mempunya 3 butang kawalan serta mikrofon agar anda boleh melakukan panggilan suara lebih mudah tanpa harus memegang telefon pintar.

Ia menggunakan teknologi tanpa wayar Bluetooth dengan versi 5.0. Kapasiti bateri sebesar 55mAh, dengan 3 jam playtime, masa pengecasan selama 3 jam.

A&S Wireless In-Ear Headphones

Manakala A&S Wireless In-Ear Headphones yang bertemakan Wonder Woman ini pula khas untuk permainan komputer iaitu yang ‘kaki game’. Ia direkabentuk untuk menghasilkan bunyi yang jelas dan mendalam untuk membenarkan anda merasai sendiri pengalaman seperti bunyi tembakan serta pergerakan dalam permainan tersebut.

A&S Wireless In-Ear Headphones cukup menawan jika dipakai oleh penggemar Wonder Woman.

A&S Wireless In-Ear Headphones juga sangat selesa dipakai, malah digunakan berjam-jam tanpa harus dilepas. Bateri juga tahan lama, ia dapat bertahan selama 14  jam dengan pengecasan penuh.

Yang menariknya, setiap pembelian A&S Wireless In-Ear Headphones anda akan dibekal sekali beg kulit dengan logo A&S. Wow! nampak elegan kan?

Selain Wonder Woman, tema lain yang ditawarkan  dengan kolabrasi komik DC yang lain ialah Superman dan Batman. Sudah tentu, versi produk ini juga dihiasi mengikut tema dan warna watak masing-masing.

Berminat? Nak tahu harga? A&S TWS02SE True Wireless Earbuds with Case ditawarkan pada harga RM329. Manakala A&S 200 Wireless In-Ear Headphone  ditawarkan pada harga RM 79 dan A&S 100 Wireless Over-Ear Headphone berharga RM149. Anda boleh membuat pembelian sama ada di Shopee ataupun di Lazada.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
LifeXplore

Upgrade Yang berbaloi! Ini 3 Perkara Yang MURAI Suka Tentang Galaxy Buds4 Pro

by Phic ARMAN
June 15, 2026

Samsung Galaxy Buds4 Pro bukan jenis fon telinga yang hanya nampak cantik dalam gambar. Bila sudah pakai sendiri, ada beberapa...

Read moreDetails
Foto - Sealy
Teknologi

Sealy Raikan 145 Tahun dengan Tilam Edisi Terhad

by Nurul A.
June 24, 2026

Seiring dengan kepentingan tidur berkualiti dalam gaya hidup moden, Sealy Malaysia meraikan pencapaian ini menerusi “145 Years of Better Sleep”,...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara