Pelbagai jenis warna digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam proses penghasilan produk dan pewarnaan. Namun, bukan semua warna yang ada boleh digunakan sewenang-wenangnya dan berikut merupakan 5 warna yang haram digunakan menurut Listverse.

1Warna Hitam Vantablack

via Futurism

Vantablack adalah antara warna yang paling gelap yang pernah diketahui manusia. Dihasilkan oleh syarikat Britain pada awal tahun 2000-an, warna ini dapat menyerap 99.965% cahaya.

Warna ini penah memegang Rekod Dunia Guinness sebagai bahan buatan manusia paling gelap. Jika anda menggunakan cat vantablack untuk membuat karya seni moden atau menghiasi bilik tidur, anda boleh disaman.

IKLAN

2Warna Ungu Tyrian

via Lebenon Untravelled

Warna ungu diraja dikaitkan dengan bangsawan selama berabad-abad dan ia berlanjutan hingga ke hari ini. Ratu Elizabeth I mengharamkan orang lain kecuali keluarganya memakai warna ini sebagai sebahagian daripada undang-undang untuk mengawal apa yang boleh dipakai oleh setiap kelas sosial.

Menurut Listverse, untuk mengekstrak pigmen ini, beratus ribu siput laut harus dikumpulkan, dihancurkan dan didedahkan kepada cahaya matahari.

3Warna Oren Uranium

via Colour Navigator

Pada tahun 1936, syarikat seramik Fiestaware mula mengeluarkan produk pinggan mangkuk yang baharu yang berwarna oren terang dan warna ini berasal dari uranium oksida, yang merupakan radioaktif.

Pada  tahun 1972, pengeluaran pinggan berwarna ini dihentikan namun masih sangat diminati oleh pengumpul.

4Warna Coklat Mumia

via Vintage News

Pada abad ke-16, cat berwarna coklat mulai muncul dan cat ini sebenarnya diperbuat daripada orang Mesir kuno yang dihancurkan.

Menurut Listverse, untuk menghasilkan warna ini, ada sesetengah pelukis mengadakan acara pengebumian mumia di halaman rumah untuk mendaapatkan warna cat ini.

5Warna Merah Vermillion

via Wikipedia

Vermillion memperoleh warna daripada gabungan merah dan oren. Untuk mendapatkan warna ini, pekerja perlu melombong cinnabar di lombong Almadén Sepanyol dan kemudian dipanaskan dan dihancurkan untuk membentuk pigmen.

Disebabkan warna ini mengandungi racun, akhirnya merah Cadmium diganti pada abad ke-20 kerana kurang berbahaya.

Oleh itu bagi sesiapa yang bercadang untuk mengecar rumah atau barangan peribadi anda dengan warna ini, sebaiknya elakkan untuk mengelak perkara yang tidak diigini berlaku.