Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nafi Beli Tanah! Aliff Syukri & Shahida Tawar RM2 Juta Buktikan Resit Pembelian

by Khai Azfar
November 4, 2020
Share on Facebook

Pasangan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida mendedahkan perkara sebenar mengenai spekulasi kononnya mereka telah menipu seorang ejen hartanah berkenaan pembelian tanah di sebuah lokasi.

Tidak Beli Tanah

Menerusi laman Instagram, Aliff dan Shahida menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana mereka tidak pernah membeli tanah tersebut kerana pemiliknya telah pun menjualkan tanahnya kepada pihak lain.

“Memang betul saya ada pergi tengok tanah. Sudah tentu kalau kita nak beli mesti ada turun naik pergi tengok tanah. Kerja ejen tanah pun macam itu. Tetapi kalau tak jadi beli, bukan saya yang tak jadi beli tetapi owner dah jual kepada orang lain, adakah salah saya? Kita berlapang dada sahaja lah.

Saya pun buang masa dan tenaga saya juga dan dia (ejen) pun mungkin anggap yang sama juga. Tetapi itukan rezeki? Kita dapat jual tanah itu ada komisyen semuanya rezeki. Sekarang ini saya tidak ada rezeki beli tanah itu dan dia pun tidak ada rezeki untuk dapatkan komisyen hasil penjualan tanah. Jadi kita sama-sama tidak ada rezeki dan tidak ada pembelian pun” kata Shahida menerusi sebuah IG Video yang dimuatnaik nya

Tawar RM2 Juta 

Bagaimanapun, memikirkan nasib ejen tersebut yang mengadu mempunyai masalah kewangan dan ‘dikejar’ oleh pihak Along, Shahida dan Aliff telah memberi wang saguhati sebanyak RM600 kepadanya namun tidak menyangka pemberian tersebut turut dimanipulasikan oleh ejen itu serta mengugut untuk menyihirkan mereka.

“Kesimpulannya, dia kata saya hutang dia. Kalau betul saya hutang dia, tunjukkan bukti. Saya tak nak bayar 20 ribu tau tapi kalau betul saya beli tanah tu, saya nak bayar awak 2 juta. Saya cabar awak kalau betul saya hutang awak dimana awak sendiri pun dah merempat,awak whatsapp saya dikejar Along tetapi sebab saya kasihan.

Saya ini hanya pembeli bukan penjual patut tak bagi awak komisyen, tapi saya bagi. Awak nak sebarkan voice over saya? sebarkan! Saya sebagai seorang pembeli tidak ada sama sekali buat sebarang pembelian tanah. Kalau betul ada resit saya dah beli tanah itu, tolong bagi kepada saya dan saya akan bayar 2 juta” tegas Aliff pula

Dalam pada itu, rata-rata pengguna turut memberikan pandangan mereka mengenai nasib yang dialami oleh pasangan usahawan ini dan mengharapkan agar Aliff dan Shahida terus kuat menghadapi dugaan yang diterima.

View this post on Instagram

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Terdahulu, Aliff turut menafikan bahawa dirinya terlibat dalam sindiket Macau Scam dan hanya sekadar membantu siasatan pihak berkuasa.

[VIDEO] Janna Nick Hampir Di-'Scam', Suami Menyamar & Dakwa Azar Azmi Hidapi Kanser
aliff syukriDatin Seri Nur Shahida
https://lomp.at/mc0b6
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  3. 3

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara