Saturday, June 25, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Tabu Salahkan Suami Kajol, Ajay Devgn Kerana Masih Bujang Di Usia 50 Tahun

by Phic Arman
November 4, 2020
Tabu Salahkan Suami Kajol, Ajay Devgn Kerana Masih Bujang Di Usia 50 Tahun
Share on Facebook

Tabu, antara aktres yang popular di Bollywood. Hari ini pelakon cantik ini menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Tabu banyak terlibat dengan filem cinta bergandingan dengan pelakon hebat seperti Shah Rukh Khan dan Ajay Devgn. Semasa dia mempromosikan filem De De Pyaar De, Tabu tidak ragu-ragu untuk menyalahkan Ajay untuk status bujangnya.

Tabu pernah mengungkapkan bahawa suami Kajol itu, bersama sepupunya Sameer Arya, sangat protektif dan akan mengancam dan memukul setiap budak lelaki yang cuba mendekatinya.

Bercakap tentang membesar bersama dengan Ajay, ini yang dikongsikan oleh Tabu dalam sebuah wawancara bersama Hindustan Times,

“Ajay dan saya memang dah kenal lama, sejak kami berusia 13 atau 14 tahun. Dia adalah kawan rapat abang saya masa kecil dan kerana kami semua dibesarkan bersama-sama di sebuah daerah di Juhu, dia selalu menjadi sebahagian daripada geng budak lelaki sementara kami hanya sekumpulan gadis riang, berkeliaran dan berusaha menarik perhatian orang sekeliling. “

Tabu menambah, ketika dia masih muda, Ajay dan Sameer akan mengintip pergerakkannya untuk mengelak dari diganggu oleh budak lelaki nakal.

IKLAN

“Ketika saya masih muda, Sameer dan Ajay akan mengintip saya, mengikuti saya di sekitar  kota dan mengancam akan memukul budak lelaki yang mendekati atau bercakap dengan saya. Dan jika saya masih bujang sehingga hari ini, itu kerana Ajay. Saya harap dia bertaubat dan menyesal dengan perbuatannya dahulu. ”

Tabu hanya bergurau,

“Saya memberitahu Ajay untuk carikan lelaki yang sesuai untuk dikahwini. Sebenarnya hubungan kami menjadi bertambah rapat kerana banyak kali bekerjasama antara satu sama lain. Dari kalangan pelakon lelaki, antara orang yang boleh saya harapkan adalah Ajay. Dia sangat protektif malah jika berada di set penggambaran, dia akan membuatkan persekitaran bebas dari tekanan. Kami berkongsi hubungan yang unik dan kasih sayang tanpa syarat. “

Selepas 23 tahun, Ajay dan Tabu kembali bergandingan sebagai pasangan romantis di dalam filem De De Pyaar De. Mereka telah berlakon bersama sebelum ini dalam beberapa filem hit lain seperti Drishyam, Golmaal Again, Vijaypath dan Haqeeqat.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: ajay devgankajolshah rukh khanTabu
Share5Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Sara Ali Khan Pakai Gaun Seksi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Bollywood

Sara Ali Khan Pakai Gaun Seksi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Mas Ayu
June 20, 2022

Pelakon jelita yang semakin meningkat naik namanya dalam industri perfileman bollywood, Sara Ali Khan, mencuri tumpuan ramai dengan muatnaik terkininya...

Read more
Preity Zinta Kenang Filem Jhoom Barabar Jhoom Tak Sangka 15 Tahun Berlalu
Bollywood

Preity Zinta Kenang Filem Jhoom Barabar Jhoom Tak Sangka 15 Tahun Berlalu

by Mas Ayu
June 17, 2022

Sebut saja nama Preity Zinta, pasti tergambar senyuman manis bersama lesung pipi terpacar di ingatan yang mengenali pelakon bollywood tersebut....

Read more
Wah! Jom Intai 5 Selebriti Bollywood Ini Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Bollywood

Wah! Jom Intai 5 Selebriti Bollywood Ini Yang Menyambut Hari Raya Aidilfitri

by Aphit J.
May 1, 2022

Setiap tahun, bukan saja selebriti di Malaysia menjadi tumpuan peminat setiap kali tiba musim perayaan. Selebriti di Bollywood juga tidak...

Read more
Netizen Bangga Dan Puji Kerusi Rekaan Isteri Shah Rukh Khan Cantik
Bollywood

Netizen Bangga Dan Puji Kerusi Rekaan Isteri Shah Rukh Khan Cantik

by Mas Ayu
March 25, 2022

Siapa yang tidak kenal isteri kepada pelakon bollywood legenda Shah Rukh Khan, Gauri Khan yang merupakan seorang pereka dalaman, perabot...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  3. 3

    “Dapat 1 Bulan Naik MRT/ LRT Free Pun Korang Memekak”- Nedim Nazri Teruk Dikecam Netizen?

  4. 4

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

  5. 5

    “Nak Sangat Aku Serang Kau Ke!”-Zarina Zainuddin Berang Netizen Ini Persoal Gaya Tudungnya

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera