“Kak, Allahuakhbar!”- Madu Nurulhidayah Meninggal Dunia

115
KONGSIAN

Awal pagi tadi, anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Dato’ Nurulhidayah telah berkongsi khabar sedih yang mana madunya, Datin Bahazanariah Baharudin telah disahkan meninggal dunia.

Akibat Kanser Payu Dara 

Menerusi hantaran di laman Instagram, Nurulhidayah memaklumkan Allahyarhamah yang disapanya sebagai Kak Nana meninggal dunia akibat menghidap penyakit kanser payu dara tahap empat sejak disahkan pada Ogos lalu.

Mengganggap Allahyarhamah seperti kakak sendiri, Nurulhidayah sebelum ini telah berkongsi beberapa hantaran memohon doa orng ramai agar madunya itu diberi kekuatan untuk melawan penyakit tersebut.

Meninggal Dalam Tidur

Difahamkan, Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun telah menghembuskan nafas terakhir semasa dalam tidur pada pukul 4.16 pagi tadi dan disedari suaminya,Dato’Saiful Nizam. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1