Tuesday, April 23, 2024

Video Detik Cemas Helikopter My Heli Club Terhempas Sempat Dirakam Penduduk

109
KONGSIAN

Salah seorang penduduk di sekitar Taman Melawati, sempat merakam detik-detik ngeri helikopter terhempas melalui video berdurasi 7 saat. Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, kejadian berlaku berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Taman Melawati.

Dalam video tersebut, menunjukkan sebuah helikopter warna putih jalur biru dengan tulisan My Heli Club jatuh menjunam ke bawah dengan bunyi dentuman yang kuat.

Seperti yang dilaporkan oleh NST pada Julai yang lalu, kelab itu berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, diketuai oleh Kapten Ahmad Jauhari Yahya dan sebuah jawatankuasa eksekutif yang dianggotai tujuh orang. Ia telah merekrut 28 anggota.

Antara ahli kelab itu adalah kapten kanan yang merupakan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia  (CAAM) dan tenaga pengajar yang disahkan oleh Agensi Keselamatan Kesatuan Eropah. Mereka mempunyai pengalaman latihan yang luas dan menerbangkan helikopter berjam-jam terbang di Malaysia dan di luar negara.

Laporan itu juga menyebut bahawa kemalangan tersebut melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas. Difahamkan helikopter kedua berwarna merah mendarat dengan selamat. Kedua

Foto: BERNAMA
[Baru Dikemaskini]
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.
Manakala, dua mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI