Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Memalukan! Begini Kisah Skandal Seks Paderi Justin Bieber Dengan Wanita Muslim

by Zaidin Albert
November 10, 2020
309
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini kecoh tentang kisah seorang paderi kepada penyanyi antarabangsa Justin Bieber, Carl Lentz dipecat oleh gereja kerana di dakwa menipu.

Gereja Hillsong East Coast, New York menyebut tindakan Carl sebagai tidak bermoral. Selepas seminggu hal ini didedahkan, ternyata berapa fakta lain telah terbongkar, berikut seperti yang dilaporkan menerusi laman The Sun.

Rupanya paderi yang pernah membantu Justin Bieber setelah berpisah dengan Selena Gomez itu menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita muslim. Malah Carl dan perempuan simpanannya itu sering melakukan hubungan intim.

Carl yang turut hadir di majlis perkahwinan Justin dan Hailey Bieber itu juga berbohong dan menyembunyikan statusnya sebagai paderi.

Carl  menjalinkan hubungan dengan pereka fesyen cantik berusia 34 tahun dari New York bernama Ranin. Dia mengaku telah menjalin hubungan selama lebih dari lima bulan sebelum putus. Ketika menceritakan kisahnya, Ranin mengakui bahawa hubungannya dengan Carl bukan hanya untuk seks.

“Saya bersama dengan dia bukan hanya untuk seks, Sebenarnya kami berdua rasa sangat selesa dan  istimewa antara satu sama lain. Dia sayang saya dan saya sayang dia. Itu adalah hubungan cinta yang tidak dirancang “kata Ranin seperti yang dilaporkan dari The Sun pada hari Selasa, 10 November 2020.

Mereka bertemu pada bulan Mei di Domino Park, Brooklyn, New York. Ketika dia bertemu, Carl terus menggodanya.

“Dia memberitahu saya bahawa wanita paling cantik berasal dari Timur Tengah dan kami terus berbual panjang dan akhirnya bertukar nombor.”

Ranin juga mengakui bahawa dia tidak mengetahui identiti sebenar Carl, kerana dia seorang muslim.

“Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai dunia Kristian, saya seorang Muslim,” sambungnya.

Ranin, Foto: The Sun

Bukan sahaja berbohong,  Carl juga didapati menyembunyikan profesionnya. Malah Carl juga tidak memberitahu nama penuhnya kepada Ranin malah dia tidak sedar bahawa Carl seorang selebriti yang dikenali.

Akhirnya Justin Bieber Bersuara Mengenai Spekulasi Keganasan Seksual P.Diddy Terhadapnya

Selanjutnya, Carl juga mengakui bahawa dia belum berkahwin pada awalnya malah dia juga dilihat tidak memakai cincin.

“Dia tidak memberitahu saya bahawa dia sudah berkahwin pada mulanya, dia tidak memakai cincin. Beberapa kali berjumpa, saya merasakan ada masalah sehingga saya bertanya kepadanya adakah dia sudah berkahwin.

“Dan dia mengakui bahawa ya, dia sudah 17 tahun dan mempunyai tiga anak.”- kata wanita berusia 42 tahun ini.

Carl bersama Isteri dan anak-anak. Foto: Dailymail.Uk

Ketika gereja memecat Carl, ternyata dia sempat datang menemui Ranin. Dia mengucapkan selamat tinggal dan mereka melakukan hubungan intim sebagai tanda perpisahan.

“Tetapi dia meyakinkan saya bahawa dia akan selalu mencintai saya dan semua yang dia katakan itu benar. Dan berharap suatu hari saya dapat memaafkannya atas semua penipuan yang telah dibuat, “- tambahnya lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
carl lentzjustin bieber
https://lomp.at/31j4x
Share124Tweet77SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem