• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Mengejutkan! Ini Kesan Jangka Panjang Pada Pesakit Covid-19 Yang Sudah Sembuh

by Jash Lee
November 21, 2020
Share on Facebook

Bukanlah satu perkara yang baru bahawa Covid-19 mempunyai kesan jangka masa yang panjang pada tubuh pesakit. Keadaan ini termasuklah keletihan, sesak nafas, dan kemungkinan penurunan fungsi paru-paru dan otak.

Seperti yang dilaporkan olej SFGATE.com, menurut satu penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik di Imperial College London, England, yang belum menjalani peringkat peer-review mendapati bahawa penyakit ini boleh menyebabkan otak manusia akan mengalami penuaan 10 tahun lebih cepat.

Apakah maksud dari penyelidikan tersebut dan apakah kesannya terhadap terhadap otak pesakit? Jom kita lihat penjelasan yang akan kami senaraikan.

Ujian Kognitif

via the scientist.com

Kajian yang diketuai oleh Adam Hampshire, seorang doktor dari Imperial College London telah memeriksa 840,000 pesakit yang diminta untuk melakukan ujian kognitif bagi mengesan kekuatan otak. Mereka mendapati bahawa beberapa kes yang serius, Covid-19 boleh dikaitkan dengan penurunan kemampuan kognitif. Ini akan berlanjutan selama beberapa bulan setelah pesakit sembuh.

Antara ujian yang dilakukan adalah seperti menghafal perkataan, menghubungkan titik, ujian teka teki dan sebagainya. Ujian seperti ini biasanya akan digunakan oleh doktor untuk mengesan sama ada terdapat gangguan otak atau tidak atau tanda-tanda penyakit Alzheimer.

Pesakit Mengalami Penuaan Otak Sehingga 10 Tahun Lebih Awal

via nl.freepik.com

Menurut Reuters, setelah pesakit melakukan ujian kognitif, pasukan penyelidik mendapati terdapat banyak penurunan fungsi otak pada pesakit Covid-19 yang dirawat di Hospital atau Pusat Rawatan.

Kes terburuk menunjukkan bahawa kognitif mereka telah menurun setara dengan penuaan otak mereka iaitu 10 tahun lebih awal.

Walau bagaimanapun, penyelidik juga tidak pasti tentang tahap kemampuan otak pesakit  sebelum mereka diserang oleh Covid-19. Jadi, ini tidak dapat digeneralisasikan dan ianya menjadi kesimpulan yang terakhir.

Kerosakan Kognitif Otak Adalah Bersifat Sementara 

via Pos Kupang

Para penyelidik juga menyatakan bahawa penurunan fungsi otak yang dialami oleh pesakit bukanlah untuk jangka masa yang panjang. Keadaan itu hanyalah bersifat sementara.

“Walaupun penyelidik memahami dengan lebih baik mengenai kesan jangka panjang Covid-19, adalah penting untuk penyelidik juga menyelidik sejauh mana kemampuan kognitif terjejas setelah jangkitan berlaku dan adakah terdapat kerosakan kekal pada fungsi otak”, kata Derek Hill, seorang profesor dari University College London sebagai tindak balas kepada kajian yang dilakukan.

Keadaan sistem jangka masa panjang yang dikenali sebagai Long Covid akibat Covid-19 adalah merangkumi keletihan, sesak nafas, sakit otot, masalah kognitif, batuk, ruam dan kehilangan deria rasa dan bau.

Pemerintah melalui Pasukan Petugas Penanganan Covid-19, mengadakan kempen 3M: Memakai topeng, Menjaga jarak fizikal atau elakkan daripada tempat yang ramai orang dan akhir sekali mencuci tangan dengan air. Sekiranya protokol kesihatan ini dijalankan dengan penuh disiplin, penularan virus ini pasti dapat diputuskan.

Menjalani gaya hidup 3M, akan melindungi diri kita dan juga orang-orang yang berada di sekeliling kita. #Kitajagakita #kitafrontliner #mariputskanrantaiancovid19

Covid19 jagaotak kesihatan pakaipelitupmuka virus2020 cucitangan jagajarak
https://lomp.at/1kade
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

Millenial Tak Rasa Umur Sendiri: Fenomena ‘Age Dysmorphia’ Kian Jadi Realiti

by Iffah Najwa
December 20, 2025

Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore