Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Siapakah? Usahawan Kosmetik Pandu Ford Mustang Ditahan Polis Kerana Dadah

by Zaidin Albert
November 13, 2020
Share on Facebook

Media sosial hari ini sedang berteka-teki siapakah usahawan kosmetik yang bergelar Datuk Seri ditahan polis kerana dadah. Difahamkan usahawan didedahkan identitinya ditahan bersama lima rakannya yang selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara.

Menurut laporan dari Harian Metro, dua serbuan telah dibuat oleh pihak polis di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Serdang, Selangor, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata dalam serbuan pertama, polis menangkap dua beradik lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan 31 tahun yang menaiki sebuah kereta Ford Mustang di tepi jalan di lokasi terbabit.

Gambar Sekadar Hiasan

Polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta, yang berada di dalam kereta suspek.

Kereta Ford Mustang yang dipandu turut dirampas yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspek kedua. Dalam kenyataan itu menyebut,  setelah disiasat gelaran ‘Datuk Seri’ usahawan itu berkemungkinan tidak sah.

Sehingga artikel ini ditulis, masih tidak dapat diketahui siapakan usahawan kosmetik tersebut.

Namun agak mengejutkan apabila rata-rata netizen di media sosial menyebut suspek merupakan pemilik perniagaan kosmetik EY Beauty Empire, iaitu Faizal Bakri. Menurut tinjauan Murai MY di Facebook EY Beauty Empire, netizen telah mula menyerang suspek ruangan komen. Walaubagaimanapun, tiada lagi pengesahan dari pihak berkuasa tentang suspek yang di tahan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ford MustangUsahawan Kosmetik
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara