Akshay Kumar naik angin gara-gara namanya dikaitkan dengan kematian Sushant Singh Rajput. Hal ini bermula selepas seorang YouTuber bernama Rashid Siddiquee, mendakwa Akshay membantu Rhea Chakraborty iaitu kekasih Sushant melarikan diri.

Akibatnya, nama Akshay Kumar menjadi trending di Google pada hari Khamis, 19 November 2020. Susulan dari itu, Akshay memutuskan untuk menfailkan saman fitnah bernilai Rs. 500 Kor.

Rashid didakwa menggunakan saluran Youtube-nya untuk mengelirukan orang ramai dan membuat berita palsu mengenai beberapa selebriti. YouTuber dengan kandungan yang membincangkan isu-isu terkini telah menyebut nama Akshay beberapa kali dalam pelbagai video.

IKLAN

Rashid pernah mendakwa bahawa pelakon berusia 53 tahun itu tidak senang ketika Sushant mendapat projek besar seperti filem MS Dhoni: The Untold Story (2016). Bukan hanya itu, Akshay juga dituduh mengadakan pertemuan rahsia dengan ahli politik Aditya Thackeray dan Polis Mumbai mengenai kematian Sushant.

Malah, Akshay dituduh membantu Rhea Chakraborty melarikan diri ke Kanada beberapa waktu lalu. Ini membuatnya marah dan nekad melaporkan Rashid kepada pihak berkuasa.

“Anak guam kami (Akshay Kumar) menyatakan bahawa kerana video yang memalukan, fitnah dan menghina, dia mengalami trauma mental dan kerugian besar, termasuk  menjejaskan reputasi,” kata peguam Akshay di Indian Express ‘.

Akshay telah menuntut Rashid untuk membuat permintaan maaf secara terbuka, menghapus semua video yang berkaitan fitnah terhadap dirinya dan berhenti memuat naik klip tersebut pada masa akan datang. Sekiranya Rashid gagal membuat tuntutan itu, dalam tiga hari Akhsay Kumar akan memulakan proses undang-undang terhadapnya.

Telah diketahui bahawa sejak kematian Sushant Singh Rajput pada 14 Jun 2020, beberapa nama selebriti besar seperti Salman Khan dengan Karan Johar telah dikaitkan kerana penyebab bunuh diri Sushant yang dianggap misteri.

Akshay kini sibuk dengan filem terbarunya, Laxmii, yang dilancarkan pada 9 November 2020. Namun, kariernya sedikit terhenti kerana nama Akshay Kumar dikaitkan dengan Rhea Chakraborty dan Sushant Singh Rajput oleh YouTuber Rashid Siddiqui.