• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Syamsul Yusof Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Puteri Sarah

by Khai Azfar
November 23, 2020
Share on Facebook

Sebelum ini, kisah dan spekulasi mengenai rumah tangga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan isterinya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan oleh peminat apabila terdapat dakwaan yang mengatakan mahligai yang dibina itu kini sedang berantakan.

Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

Via Harian Metro

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, Syamsul akui bahawa sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya sejak dua bulan lalu  berikutan bahtera perkahwinan yang dibina berdepan masalah. Dedah pengarah filem Munafik itu, Sarah telah merajuk dan peminat mereka juga sedia maklum mengenai perihal tersebut.

“Isteri saya dah merajuk jadi saya tinggal sendiri. Fans dan followers kami semua dah tahu, kini saya sibukkan diri dengan kerja,” kata Syamsul kepada Berita Harian.

Enggan Bercerai 

Dalam laporan Gempak pula, dia sama sekali enggan melafazkan cerai terhadap isteri tercinta kerana mahu selamatkan rumah tangga mereka apatah lagi memikirkan Sarah yang telah melahirkan anak-anaknya selama ini.

“Terus terang, saya tak mahu bercerai. Saya nak selamatkan rumah tangga dan saya percaya isteri saya pun begitu juga. Tapi ia tidaklah semudah itu. Ada banyak lagi faktor-faktor lain yang saya perlu fikirkan yang melibatkan hati dan perasaan,” katanya seperti dipetik Gempak.

Enggan menunding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, Syamsul percaya dan redha dengan ujian yang menimpanya selain mendedahkan terdapat beberapa perihal peribadi lain yang tidak boleh dikongsi buat umum. Pinta Syamsul, dia mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat rumahtangga mereka yang dibina selama ini.

“Saya terima ujian saya. Isteri adalah ujian saya. Tapi apa-apa pun, saya taknak tuding jari pada isteri saya, saya anggap saya muhasabah diri, lihat balik diri saya, Sarah seorang isteri yang baik.

“Mungkin saya terlalu fokus dengan kerja. Banyak hal-hal dalam kain yang saya tak boleh nak cerita. Cukup saya kata, doakan yang terbaik,” ujar Syamsul

Meskipun begitu, Syamsul masih mempunyai kesempatan untuk bertemu anak-anaknya yang dibawa Sarah untuk tinggal bersama ibu bapanya. Syamsul dan Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

puteri sarah syamsul yusof
https://lomp.at/zpxex
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Lokal

Peminat Puji Anak Sulung Ziana Zain, – “Menjadi-jadi Handsome, Bakal Pramugara Juga Ke?”

by Zaidin Albert
April 26, 2023

Dalam menyambut 1 Syawal baru-baru ini, penyanyi popular Ziana Zain tidak melepaskan peluang berkongsi gambar bersama keluarga. Sebelum ini Ziana...

Read moreDetails
Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore