Pastinya percutian akan menjadi lebih bermakna jika sesekali dapat menginap di hotel mewah tanpa membayar apa-apa. Ia akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan, lebih-lebih lagi untuk anak-anak yang tak pernah merasa menginap di hotel mewah.
Ada ke hotel percuma di Malaysia ni? Sebenarnya memang ada cara dan kaedah untuk menikmati penginapan secara percuma di hotel-hotel mewah di Malaysia. Cuma mungkin tak ramai yang nak share kepada umum.
Tapi kini tidak lagi menjadi rahsia! Penulis ingin bongkarkan bagaimana untuk dapat penginapan secara percuma di hotel-hotel mewah secara percuma.
Bercuti Di Timur Bay Beach Resort, Kuantan
Beberapa minggu yang lalu, penulis berpeluang untuk membawa keluarga bercuti di Timur Bay Beach Resort, Kuantan. Di sini terdapat pelbagai pilihan suites serta apartment mewah, serba lengkap dan dengan kemudahan-kemudahan yang menarik.
Penulis membawa satu keluarga seramai 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak dengan mengambil suite 2 bilik. Anak-anak pun selesa dan nampak seronok. Memang cukup luas bilik yang disediakan.
Lebih menarik, Timur Bay Beach Resort berada di pesisir pantai Sungai Karang, Balok, Kuantan yang terkenal sangat menarik dan sebuah destinasi pelancongan. Dengar pun macam seronok kan?
Penginapan Percuma
Kalau anda nak tahu, penginapan 3 hari 2 malam kami di sini adalah percuma. Tak percaya?
Ya, suites yang kami pilih di Timur Bay Beach Resort, Kuantan ini menggunakan BAUCAR HOTEL RM199 VIP PASS oleh Subhome. Caranya mudah saja, penulis hanya perlu mendapatkan VIP PASS, iaitu membayar RM199 untuk 1 malam penginapan, kemudian mereka beri baucar 5 malam secara percuma untuk penginapan seterusnya. Kalau fikir balik, apa yang ditawarkan oleh Subhome ini macam tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya yang ramai orang tak tahu.
BAUCAR HOTEL RM199 VIP PASS boleh digunakan di 12 hotel di Kuala Lumpur, Selangor, Johor & Kuantan
- KUALA LUMPUR: Robertson Premier Suites, Summer Suites, Vivo Suites, 188 Private Suites.
- SELANGOR: Petaling Jaya – Alia Damansara Suites Cyberjaya – Tamarind Suites
- JOHOR: Alia Premier Medini, Almas Suites, 1 Tebrau Suites, Teega Suites, Suasana Private Suites
- KUANTAN: Timur Bay Beach Resort
Menariknya, dalam masa terdekat, Subhome bakal elancarkan sebuah lagi lokasi terbaru di Batu Feringgi, Penang.
Selebriti-selebriti Tempatan Pun Dah Beli VIP PASS
Sebenarnya, penulis dapat tahu promosi ini setelah mendengar review dan perkongsian dari beberapa orang selebriti tentang percutian mereka dengan Subhome melalui sebuah video bual bicara santai.
Ini termasuklah hos dan personaliti TV popular, Hawa Rizwana dan rakan artis yang lain seperti Kak Girl, Qi Rizali serta ramai lagi. Penulis tertarik dengan review dari Hawa sendiri yang telahpun berpengalaman menggunakan BAUCAR HOTEL RM199 VIP PASS itu sendiri. Ternyata dia berpuas hati dan berkata tawaran ini sangat berbaloi.
Hawa turut bertanya kepada salah seorang rakan artisnya iaitu pelawak dan pelakon, Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan. Pengalaman menarik Kak Girl bersama keluarga ketika bercuti di hotel Subhome membuatkan penulis teruja.
“Saya kasi 5 Ha! Memang best, bila kita masuk ke unit tu, memang bersih dan sangat selesa. Kemudahan yang disediakan juga sangat baik dengan dapur yang lengkap, siap ada mesin basuh. Harga untuk semalam pun sangat mampu milik dan berbaloi. Saya sangat berpuas-hati!”- katanya dalam termubual tersebut.
Sementara itu, pengacara dan pelakon Qi Razali berpendapat promosi BAUCAR HOTEL RM199 VIP PASS seolah-olah tak masuk akal. Dia berpendapat, harga yang ditawarkan terlalu murah. Ini kerana, mana mungkin dengan nilai serendah itu boleh jimat sehingga lebih RM2,000.
Kita dapat 5 baucar percuma bila Beli 1 malam dengan VIP pass until 199 sahaja
“Saya rasa harga untuk BAUCAR HOTEL RM199 VIP PASS seperti tak masuk akal. Manakan tidak, kita dapat 5 baucar percuma jika bila Beli 1 malam dengan VIP pass dengan harga RM199 sahaja. Lepas tu, kita boleh menginap di mana-mana rangkaian servis suite Subhome dan jimat sehingga RM2,000 lebih. Ini memang tak masuk akal!”- ujarnya.
Subhome merupakan syarikat perhotelan yang menguruskan servis suite mewah di lokasi-lokasi terkenal di seluruh Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Untuk percutian seterusnya, penulis mahu membawa keluarga dan anak-anak ke Alia Premier Medini, Johor Bharu. Hotel ini sangat strategik dan berdekatan dengan taman tema, Legoland Malaysia dan banyak lagi tarikan popular di Johor Bharu.
Sebenarnya, baucar percuma yang diberikan boleh digunakan di Hotel-hotel Subhome yang lain di seluruh Malaysia bila-bila masa dalam masa setahun.
Walaupun anda belum rancang nak bercuti, anda perlu dapatkan baucar ini sekarang sebab tawaran VIP Pass Subhome ni terhad untuk 1000 buku baucar sahaja!
Baucar ni sah digunakan selama setahun bermula dari tarikh pembelian. Jadi kalau dah dapatkan baucar ni boleh la mula merancang cuti dari sekarang kan?
Jom klik di sini untuk dapatkan BAUCAR HOTEL RM199 VIP PASS!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.