Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Datuk Alif Satar Berusia 91 Tahun Turut Disahkan Positif COVID-19

by Khai Azfar
November 25, 2020
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar menerusi hantaran di laman Instagram nya memaklumkan datuknya turut dijangkiti wabak COVID-19.

Dirawat Di Hospital Sama

Menurut Alif, datuknya yang berusia 91 tahun kini dirawat di Hospital Sungai Buloh bersama-sama ibu, bapa dan adik bongsunya yang disahkan positif pada Sabtu lalu.

“Pakwan (datuk) saya, 91 tahun juga pesakit Covid-19. Saya minta tolong semua untuk doakan agar Pakwan saya terus kuat dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Semoga Allah merahmati kalian semua.

“Terima kasih warga barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh kerana menjaga keluarga saya dan semua pesakit Covid-19. Anda semua sudah jalankan tugas dengan baik,” tulisnya

Via Instagram Alif Satar

Merujuk kepada laporan Harian Metro, isteri Alif iaitu Sha Dila Hadid memberitahu datuk Alif tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit kronik sebelum ini. Bagaimanapun, jelasnya antara punca terkena jangkitan tersebut berkemungkinan kerana terdapat ramai yang menjaganya secara bergilir-gilir.

“Pakwan pun disahkan positif pada Sabtu lalu. Dia tidak ada apa-apa sakit kronik, cuma jalan saja kena pimpin atau pakai tongkat.

“Mungkin Pakwan terkena jangkitan sebab semua bergilir-gilir menjaga dia. Kasihan juga apabila dia kena,” kata isteri penyanyi itu

Dalam hantaran sebelum ini, Alif memanjatkan rasa syukur apabila isteri dan anak-anaknya telah disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan wabak tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Alif Satar COVID-19
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara