Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Anak Diego Maradona Gambarkan Penderitaan Bapanya Seperti ‘Singa Dalam Zoo’

by Phic ARMAN
November 26, 2020
Share on Facebook

Nampaknya seluruh dunia sedang bersedih di atas pemergian pemain bola sepak legenda Diego Maradona. Maradona meninggal dunia setelah mengalami serangan jantung, pada 25 November 2020.

Pemain bola sepak Argentina ini meninggal pada usia 60 tahun dan meninggalkan keluarga tercinta, termasuk salah seorang anak perempuannya, Giannina Maradona.

Setahun sebelum pemergiannya, Giannina pernah membuka suara tentang kesihatan bapanya.

Dilaporkan oleh Daily Star, Maradona berjuang melawan ketagihan dadah setelah bersara. Pada bulan November 2019, anak perempuannya itu mendedahkan bagaimana gaya hidup Maradona yang terus memberi kesan pada kesihatannya.

Dia menulis di Instagram:

“Dia tidak akan mati kerana tubuhnya telah memutuskan demikian, dia akan terbunuh dari dalaman dan dia tidak menyedarinya.

Giannina kemudian menggambarkan ketagihan kokain oleh bapanya ibarat seperti seekor singa di zoo. Setelah mengalami ketagihan yang terlampau, ayahnya sukar disembuhkan dari dadah. Dia mengatakan bahawa bapanya tidak diperlakukan seperti manusia.

“Adakah pernah pergi ke zoo di mana anda dapat mengambil gambar dengan singa besar? Anda boleh masuk ke dalam sangkar dan malah boleh  ‘memeluknya … ini kerana Mereka memberinya pil, jika tidak mustahil untuk menjinakkan binatang itu,”- kata Giannina.

Sukar untuk difahami, tetapi itulah yang digambarkan oleh Giannina tentang keadaan bapanya begitu bergantung kepada dadah.

Beberapa minit sebelum bapanya meninggal dunia, dua anak perempuan pemain bola sepak itu memuat naik gambar mural Maradona di pinggir jalan. Pada masa itu, Giannina dilihat berjalan di kota dan menjumpai sebuah mural Diego pada dinding di sebuah restoran pizza di Buenos Aires, Argentina.

Diego Maradona dianggap sebagai salah satu pemain bola terbaik dalam sejarah, dia memenangi Piala Dunia 1986 bersama Argentina dengan menjaringkan 312 gol kelab dalam hampir 600 perlawanan.

Selamat tinggal legenda!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Diego MaradonaGiannina Maradona
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara