Alasan Kenapa Bhutan Jadi Negara di Asia Dengan Rakyat Paling Bahagia

48
KONGSIAN

Sekiranya anda ingin melancong pada masa akan datang, tidak ada salahnya anda ke Bhutan. Negara ini, yang bersempadan dengan China dan India, masih termasuk di benua Asia. Negara yang majoriti beragama Buddha ini juga cukup unik.

Sementara negara lain mengira pertumbuhan ekonomi mereka dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Bhutan menggunakan Kebahagiaan Nasional Kasar, atau Gross National Hapiness (GNH) dengan menyeimbangkan pembangunan ekonomi, budaya, pemeliharaan alam sekitar dan pemerintahan yang baik.

91.2 peratus warga Bhutan sangat bahagia

GNH mengukur tahap kebahagiaan, kualiti hidup dan pembangunan rohani dan kebendaan seseorang. Pada tahun 2015, 91.2 peratus warga Bhutan sangat bahagia kerana peningkatan taraf hidup, penjagaan kesihatan dan penyertaan mereka dalam acara kebudayaan. Para pemimpin Bhutan juga fokus untuk mewujudkan keadaan agar warganegara mereka sentiasa bahagia.

Rawatan Kesihatan Percuma

Selain itu, kerajaan mereka juga sentiasa menjamin kesihatan warganya secara percuma untuk rawatan, sama ada secara moden atau tradisional. Tidak ketinggalan, mereka juga menanamkan nilai-nilai kemanusiaan sejak usia muda. Mereka diberi pelajaran mengenai pemuliharaan alam sekitar, kitar semula dan sikap peduli terhadap orang lain. Pendidikan di Bhutan juga percuma.

Tanaman Mestilah Organik

Dilaporkan oleh India Times, pada tahun 2013, negara itu mengumumkan bahawa semua tanaman mestilah organik. Negara ini juga memperhatikan penggunaan sumber tenaga yang tidak menyebabkan pencemaran dan kualiti udara.

Negara pertama yang negatif karbon

Malah Bhutan telah dinobatkan sebagai negara pertama yang negatif karbon. Bhutan menghasilkan pelepasan sebanyak 1.5 juta tan karbon dioksida sementara 60% kawasan negara itu adalah hutan yang dapat menyerap 6 juta tan karbon dioksida.

Negara ini adalah antara negara dengan kedudukan teratas di Asia dengan orang yang paling bahagia. Sejak tahun 1980, pendapatan per kapita meningkat sebanyak 450 peratus.

Warga Bhutan tidak materialistik dan lebih suka hidup dengan damai

Masyarakat di sini juga terkenal sangat sopan, ramah dan suka menolong. Orang Bhutan sangat bahagia kerana mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka. Mereka tidak materialistik dan lebih suka hidup dengan damai. Kerajaan juga menolak untuk pelaburan yang akan mengganggu keseimbangan alam, yang dikhuatiri akan mengganggu kebahagiaan orang Bhutan.

Bagaimana, anda tertarik untuk sampai ke sini?

+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN