Mungkin ramai yang tak menyedari tentang perkara ini namun beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan pada hari ini adalah kacukan buatan manusia. Berikut adalah 5 jenis buah hibrid menurut halaman eatright.org.

1Pisang

via Islam Itu Indah

Pisang adalah hibrid buatan manusia dari spesis pisang Musa acuminata liar dan Musa balbisiana. Musa acuminata mempunyai bahagian dalam yang berisi, tetapi ia mempunyai rasa yang sangat tidak menyenangkan.

Musa balbisiana pula mempunyai rasa yang enak di dalam tetapi mengandungi terlalu banyak biji.

IKLAN

2Lobak

via Good Housekeeping

Asalnya, lobak bukanlah berwarna oren seperti yang wujud pada hari ini. Lobak semulajadi berwarna putih atau ungu dan mungkin tidak boleh dimakan. Menurut halaman eatright.org, lobak oren yang kita makan pada hari ini adalah hibrid daripada lobak kuning, yang merupakan hibrid kepada lobak putih.

3Strawberi

via San Diego Union

Strawberi moden yang ada pada hari ini adalah adalah kacukanbuatan manusia daripada strawberi liar yang bersaiz lebih kecil dan mempunyai jangka hayat lebih pendek serta rasa dan aroma yang lebih enak.

4Oren

via Britannica

Menurut halaman eatright.org, buah oren berasal dari hibrid buatan manusia yang dicipta melalui kacukan buah pomelo dan mandarin. Untuk pengetahuan, buah mandarin sebenarnya adalah nenek moyang kepada buah oren.

5Tangelo

via A Better Choice

Tangelo adalah hibrid buatan manusia dari buah tangerine dan pomelo. Malah, namanya berasal daripada gabungan kedua-dua buah ini. Tangelo dipercayai telah muncul di hutan-hutan Asia Tenggara 3,500 tahun yang lalu apabila serangga menyebarkan mandarin dengan buah yang berkait rapat dengan limau gedang.

Baru kita maklum, sebenarnya buah-buahan yang dimakan sekarang ini adalah buah yang hibrid dan dikacukkan pada zaman dahulu.