Selain aktif dalam dunia perfileman, kebanyakkan bintang Bollywood telah lama merebut peluang memperluaskan perniagaan di India dan luar negara. Salah satunya dalam dunia Sukan, seperti liga kriket dan kabaddi adalah hotspot bagi aktiviti pelaburan selebriti. Berikut adalah beberapa sport teams yang dimilik oleh selebriti Bollywood. Stay tune guys!

1Shah Rukh Khan

via GQIndia

Selama bertahun-tahun , Shah Rukh Khan telah melabur dalam pelbagai sektor perniagaan. Major sports venture SRK adalah pasukan kriket, IPL Kolkata Knight Riders. Apa yang menariknya, Kolkata Knight Riders bukanlah satu-satunya pasukan kriket yang dimilikinya.

Shah Rukh Khan juga merupakan pemilik bersama Cape Town Knight Riders (Afrika Selatan) dan Trinbago Knight Riders (Trinidad & Tobago). Beliau juga dilaporkan melabur dalam dua pasukan masing-masing pada tahun 2017 dan 2015.

IKLAN

2Abhishek Bachchan 

Abhishek Bachchan adalah co-owner bersama dua pasukan dalam dua liga iaitu liga Pro Kabaddi (PKL) dan Liga Super India (ISL). Pasukannya untuk Liga Pro Kabaddi (PKL) adalah Jaipur Pink Panthers dan pasukan untuk Liga Super India (ISL) adalah Chennaiyin FC.

Jaipur Pink Panthers memenangi musim pertama PKL dan Chennaiyin FC mempunyai dua gelaran ISL untuk nama mereka. Dalam satu temubual GQ bersama Abhishek Bachchan, menjelaskan bahawa sambutan terhadap liga Kabaddi benar-benar mengejutkan mereka.

“Selain keinginan dan minat kami dengan Kabaddi, kami beruntung. Adakah kami telah mencapai apa yang hendak kami lakukan? Belum lagi. Ia akan memakan masa lebih lama, tetapi kami sudah semestinya berada di laluan itu. Kabaddi telah meluncur seperti roket, tetapi bola sepak tidak begitu banyak.” – Abhishek Bachchan

Kabaddi adalah sukan yang paling popular di India dan juga di negara sekitarnya ataupun Asia Selatan. Di Malaysia, salah satu sukan yang mirip dengan kabaddi ini adalah permainan tradisional galah panjang. Namun kabaddi adalah sukan yang lebih fizikal.

3Ranbir Kapoor

Cinta Ranbir Kapoor terhadap bola sepak dan ISL bukan lagi rahsia. Pelakon itu kerap menempah turf untuk bermain dengan rakannya. Beliau juga membeli saham liga bola sepak premium Mumbai- Mumbai City FC.

Dalam temu ramah beliau bersama GQ, menyatakan bahawa cita-citanya adalah menjadikannya sebagai kelab bola sepak terbaik di Asia.

4Sushant Singh Rajput

Pada tahun 2017, mendiang Sushant Singh Rajput menjadi co-owner kepada Delhi Gladiators, iaitu sebuah pasukan tinju untuk Liga Super Tinju India (SBL). Dalam satu temu bualnya bersama GQ menyatakan bahawa beliau sudah dewasa dalam filem seperti Rocky dan merasakan bahawa tinju memerlukan banyak kebolehan.

“Walaupun anda down, anda perlu bersabar. Saya selalu terpesona dengan sukan ini.”- Sushant Singh Rajput

IKLAN

5Akshay Kumar

Pada tahun 2017, Bengal Warriors, francais Kabaddi yang berpusat di Kolkata yang dikuasakan oleh Future Group mengumumkan partnership bersama Akshay Kumar. Apa yang menariknya, ini bukanlah kali pertama. Akshay Kumar sebelum ini melabur dalam Khalsa Warriors.

“Saya selalu percaya bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian dan kesihatan seseorang. Saya gembira dapat bekerjasama dengan Future Group untuk mempromosikan sukan tempatan seperti Kabaddi.” Akshay Kumar