Pengamal media sosial terkenal, Nizam Rahman menerusi laman Instagram nya meluahkan rasa kesal selepas ditegur secara terbuka oleh dua orang individu di sebuah stesen televisyen di ibu negara.

Ditegur Secara Terbuka 

Dalam video secara langsung yang dikongsi Nizam, ketika itu dia berpakaian seperti seorang wanita kerana baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran. Malah dia juga akan menukar pakaiannya sebaik tiba di stesen televisyen tersebut.

IKLAN

Namun begitu, ketika dia bersama pembantu nya masuk ke premis berkenaan, pengamal media sosial ini telah didatangi oleh dua orang individu yang tidak dikenali yang menegur etika pakaiannya secara terbuka

“ Kau nak pakai macam ini masuk ke dalam?”

“Memang tak boleh lah tengok tulisan jawi itu. Fikirlah sikit awak itu lelaki, agak-agaklah” tegur individu berkenaan

Nizam Kecewa 

Bagaimanapun, dedah Nizam dia berasa kecewa kerana individu tersebut telah menggelarkannya sebagai pondan dan dalam masa yang sama turut meninggikan suara.

“Lain kali janganlah panggil saya pondan. Assalamulaikum pun tak ada”

“Kurang ajarnya panggil pondan” luah Nizam dalam video tersebut

Rata-rata mereka yang menonton video tersebut turut terkejut kerana Nizam ditegur sedemkian rupa. Malah mereka turut menyatakan bahawa teguran tersebut sebenarnya boleh dibuat dengan cara yang lebih baik.

Difahamkan, kunjungan Nizam ke stesen televisyen tersebut adalah bagi mempromosikan produk terbaru keluarannya Serangup yang mana Nizam merupakan pengasas bersama jenama itu.

IKLAN

Sebagai info, Nizam dikenali ramai kerana sering kali melakukan video parodi dan lucu di laman Instagram nya selain turut terkenal dengan watak seorang perempuan, Ramona.