Sejak beberapa hari ini nama Lau Li Kung menjadi bualan hangat di kalangan pengguna laman media sosial. Menurut tinjauan Murai MY, nama Lau Li Kung yang berasal dari Sarawak ini menjadi topik utama di forum lowyat.

Rata-rata pengguna forum di sini membincangkan tentang keraguan mereka terhadap individu ini.

Hal ini bermula selepas sebuah fanpage di facebook telah berkongsi rasa keraguannya terhadap keputusan pemenang beberapa peraduan dari jenama terkemuka di Malaysia. Dia mula menyedari bahawa nama Lau Li Kung yang berusia 33 tahun kerap muncul sebagai pemenang.

IKLAN
Foto: Forum Lowyat

Hadiah bukan biasa-biasa! Dari kereta mewah hinggalah wang tunai, individu ini tak putus-putus menang peraduan sejak beberapa tahun ini. Lihat foto-foto di bawah;

Antara peraduan yang dimenangi nya pada 2009.- Foto: Thestar
Sumber: Lowyat Forum
Sumber: Lowyat Forum
Sumber: Lowyat Forum
Sumber: Lowyat Forum

Terdapat pelbagai spekulasi telah dibuat oleh pengguna media sosial tentang hal ini. Ada yang mendakwa Lau Li Kung seorang yang bijak dan mempunyai kemahiran yang luar biasa untuk menang mana-mana peraduan.

Namun Lau Li Kung juga tidak terlepas dari tuduhan menggunakan ‘kabel’ dengan penganjur untuk menang. Lebih pelik ada yang menuduh dia adalah ‘scammer’?  Tak logiklah!

Macam-macam tuduhan dilemparkan oleh netizen tanpa usul periksa. Yang menjadi persoalan, kebanyakkan peraduan yang dimenangi pasti tempat pertama atau grand prize. Apa rahsianya ya? Misteri sangat!

Seperti kata perumpamaan, ‘tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu’,  mungkin ini rezeki Lau Li Kung yang berusaha keras untuk memenangi peraduan yang disertainya.

Apa pendapat anda?