Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Ingat Lagi Blackberry? Tak Sangka Kini Mereka Bangunkan Teknologi Lebih Gempak

by Phic ARMAN
December 3, 2020
Share on Facebook

Masih ingat lagi dengan jenama Blackberry? Nampaknya jenama yang pernah pada suatu ketika dulu tidak lagi mengeluarkan telefon bimbit. Tapi mungkin anda tidak menyangka, kini BlackBerry terlibat dalam membangun teknologi kereta pintar atau smartcar.

Dipetik dari bussinewire, syarikat berasal dari Kanada itu baru saja mengumumkan kerjasama dengan Amazon untuk mengembangkan pengkomputeran awan (cloud computing). Perkhidmatan cloud ini kemudiannya akan bersambung ke kereta atau trak. Ia dinamakan sebagai Blackberry IVY.

Foto: bussinewire
YouTube video

Kegunaannya adalah untuk menganalisis data sensor secara real-time dan memberikan maklumat yang berguna untuk pemandu.

Sebagai contoh, IVY boleh memberi amaran kepada pemandu sekiranya sistem mengenalpasti keadaan jalan raya yang berbahaya seperti ada ais atau lalu lintas yang sesak di hadapan.

Bagi pemandu kenderaan elektrik, IVY dapat memberikan maklumat mengenai kapasiti bateri yang masih ada dan mengesyorkan rangkaian pengecasan elektrik terdekat. Pemandu juga boleh membuat tempahan untuk slot di pusat pengecasan.

Foto: Car Magazine

IVY juga dapat memberikan data mengenai corak pemanduan anak-anak mereka kepada ibu bapa. Kedua-dua syarikat memberitahu sistem mereka akan dapat diguna pakai kepada mana-mana pembuat kereta.

IVY akan mengumpulkan data pemanduan dan kereta yang bersambung dan pemandu boleh memanfaatkan perkhidmatan data yang disediakan oleh kedua-dua syarikat tersebut.

Perkhidmatan yang akan dibuat oleh dua syarikat tersebut akan dipanggil IVY (Intelligent Vehicle Data). IVY melakukan sinkronisasi  data dengan pengkomputeran awan Amazon Web Service (AWS).

BlackBerry telah beralih untuk menumpukan perhatian pada pengembangan perisian setelah menarik diri dari pasaran mudah alih lebih dari satu dekad yang lalu.

Kegemilangan telefon Blackberry, yang terkenal dengan papan kekunci QWERTY, namun semakin merudum selepas muncul telefon layar sentuh yang dimiliki oleh Apple dan Android.

Error happened.
amazonblackberryteknologi
https://lomp.at/zu52q
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara